Wahai Rasulullah, dua gelang daripada emas. Baginda SAW bersabda: Bahkan ianya adalah dua gelang daripada api

TEKS BAHASA ARAB

كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم، فأتته امرأة فقالت: يا رسول الله سواران من ذهب؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سواران من نار. قالت: يا رسول الله قرطان من ذهب؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قرطان من نار. قالت: يا رسول الله إن المرأة إذا لم تزين لزوجها صلفت عنده قال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما يمنعكن أن تجعلن قرطين من فضة، وتصفرنه بعبير أو زعفران فيكون كأنه ذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku bersama Nabi SAW, datang seorang wanita lalu berkata: Wahai Rasulullah, dua gelang daripada emas. Baginda SAW bersabda: Bahkan ianya adalah dua gelang daripada api. Perempuan itu berkata lagi: Wahai Rasulullah, dua subang yang diperbuat daripada emas. Baginda SAW bersabda: Bahkan ianya adalah dua subang daripada api. Wanita itu berkata lagi: Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya seorang wanita tidak berhias untuk suaminya dan bersikap angkuh disisi suaminya? Lalu baginda SAW menjawab: Apa yang menghalang kamu untuk menjadikan dua utas subang yang diperbuat daripada perak dan kamu warnakan dengan warna kuning menggunakan haruman dan juga za’faran, maka adakah ia menjadi seperti emas?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 899, hadis nombor 4608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)عن أبي هريرة قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم، فأتته امرأة فقالت: يا رسول الله سواران من ذهب؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سواران من نار. قالت: يا رسول الله قرطان من ذهب؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قرطان من نار. قالت: يا رسول الله إن المرأة إذا لم تزين لزوجها صلفت عنده قال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما يمنعكن أن تجعلن قرطين من فضة وتصفرنه بعبير أو زعفران؛ فيكون كأنه ذهب [ابن راهويه, الضعيفة (6171)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Ketika aku bersama Nabi SAW, datang seorang wanita lalu berkata: Wahai Rasulullah, dua gelang daripada emas. Baginda SAW bersabda: Bahkan ianya adalah dua gelang daripada api. Perempuan itu berkata lagi: Wahai Rasulullah, dua subang yang diperbuat daripada emas. Baginda SAW bersabda: Bahkan ianya adalah dua subang daripada api. Wanita itu berkata lagi: Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya seorang wanita tidak berhias untuk suaminya dan bersikap angkuh disisi suaminya? Lalu baginda SAW menjawab: Apa yang menghalang kamu untuk menjadikan dua utas subang yang diperbuat daripada perak dan kamu warnakan dengan warna kuning menggunakan haruman dan juga za’faran, maka adakah ia menjadi seperti emas? [Ibn Rahuyah, Al-Dha’ifah no 6171]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs