Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعَم؛ حُجَّي عن أبيكِ إن لم تزدْهُ خيرًا، لم تزدْهُ شرًّا
Teks Bahasa Melayu
Ya, lakukanlah haji untuk ayahmu, jika kamu tidak mampu menambahkan kebaikan kepadanya, kamu tidak memberikan apa-apa keburukan kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 756, hadis no. 3869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! أحج عن أبي؟ فقال: ((نعم؛ (حجي عن أبيك)، إن لم تزده خيرا لم تزده شرا)). [طب، ((الضعيفة)) (5967)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku melaksanakan haji untuk ayahku? Baginda bersabda: “Ya, lakukanlah haji untuk ayahmu, jika kamu tidak mampu menambahkan kebaikan kepadanya, kamu tidak memberikan apa-apa keburukan kepadanya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5967]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman