Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَّا خلقَ اللَّهُ الأرضَ واستوى إلى السَّماءِ، فسَوَّاهُنَّ سبعَ سماوَاتٍ، وخلقَ العرشَ؛ كتَبَ على ساقِ العرشِ: مُحمَّدٌ رسولُ اللَّهِ؛ خاتَمُ الأنبياءِ. وخلقَ الجنَّةَ التي أسكنهَا آدمَ وحوَّاءَ، فكتبَ اسمي على الأبوابِ والأوراقِ والقِبابِ والخيامِ؛ وآدمُ بينَ الرُّوحِ والجسَدِ، فلمَّا أحياهُ اللَّهُ -تعالى-؛ نظر إلى العرشِ فرأى اسمي، فأخبرَهُ اللَّهُ أنَّهُ سيِّدُ ولدِكَ. فلمَّا غرَّهُما الشَّيطانُ؛ تابا واستشفَعا باسمي إليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Allah SWT menciptakan bumi dan bersemayam ke langit, kemudian Dia menciptakan tujuh langit dan Arasy. Dia menulis di kaki tiang Arsay: Muhammad Rasulullah, penutup segala nabi-nabi. Dan Dia menciptakan syurga yang mana Dia pernah menempatkan Nabi Adam AS dan Hawa. Dan Dia menulis namaku di pintu-pintu (syurga), dan segala dedaunan, kubah dan perkhemahan; sedangkan Nabi Adam AS (masih) antara ruh dan jasad. Maka ketika Allah SWT menghidupkannya, beliau melihat ke Arasy dan melihat namaku, maka Allah SWT memberitahunya bahawa sesungguhnya (Nabi Muhammad SAW) adalah penghulu bagi keturunanmu. Maka ketika syaitan telah menipu mereka berdua (Nabi Adam AS dan Hawa), mereka bertaubat dan meminta syafaat dengan namaku kepada-Nya.
Sahabat Perawi
- Maisarah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 524, hadis no. 2780.
(منکر) عن ميسرة –رضي الله عنه - ، قال: قلت: يا رسول الله متی كتبت نبيا؟ قال: «لما خلق الله الأرض واستوى إلى السماء، فسواهن سبع سماوات، وخلق العرش؛ كتب على ساق العرش: محمد رسول الله؛ خاتم الأنبياء. وخلق الجنة التي أسكنها آدم وحواء، فكتب اسمي على الأبواب والأوراق والقباب والخيام؛ وآدم بين الروح والجسد، فلما أحياه الله - تعالى -؛ نظر إلى العرش فرأى اسمي، فأخبره الله أنه سيد ولدك. فلما غرهما الشيطان؛ تابا واستشفعا باسمي إليه». [رواه ابن بشران، أبو الفرج في «الوفا بفضائل المصطفى»، «الضعيفة» (5709)].
(Munkar) Daripada Maisarah RA berkata: “Aku telah bertanya: “Wahai Rasulullah, bilakah engkau dicatat sebagai seorang Nabi? Baginda SAW menjawab: “Ketika Allah SWT menciptakan bumi dan bersemayam ke langit, kemudian Dia menciptakan tujuh langit dan Arasy. Dia menulis di kaki tiang Arsay: Muhammad Rasulullah, penutup segala nabi-nabi. Dan Dia menciptakan syurga yang mana Dia pernah menempatkan Nabi Adam AS dan Hawa. Dan Dia menulis namaku di pintu-pintu (syurga), dan segala dedaunan, kubah dan perkhemahan; sedangkan Nabi Adam AS (masih) antara ruh dan jasad. Maka ketika Allah SWT menghidupkannya, beliau melihat ke Arasy dan melihat namaku, maka Allah SWT memberitahunya bahawa sesungguhnya (Nabi Muhammad SAW) adalah penghulu bagi keturunanmu. Maka ketika syaitan telah menipu mereka berdua (Nabi Adam AS dan Hawa), mereka bertaubat dan meminta syafaat dengan namaku kepada-Nya. [Riwayat oleh Ibnu Basyran dalam kitab al-Amali, Abu al-Farj dalam kitab al-Wafa' bi Fadail Mustafa. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5709].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman