Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku

TEKS BAHASA ARAB

اتق الله، وأقم الصلاة، وآت الزكاة، وحج البيت، واعتمر، وبر والديك، وصل رحمك، وأقر الضيف، وأمر بالمعروف، وانه عن المنكر، وزل مع الحق حيثما زال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertakwalah kamu kepada Allah, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, lakukanlah ibadah haji di Baitullah, laksanakan ibadah umrah, berbuat baiklah kepada ibubapa kamu, sambungkanlah silaturrahim, muliakanlah tetamu, perintahkanlah ke arah kebaikan, cegahlah kemungkaran, dan bersamalah dengan kebenaran di mana sahaja ia berada.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 46, hadis nombor 186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن القاسم بن المخوّل البهزي ثم السلمّي، قال: سمعت أبي يحدث وكان أدرك الجاهلية والإسلام – قال: نصبت حبائل لي بالأبواء، فوقع في حبل منها ظبي، فانقلب الحبل، فخرجنا في أثره أقفوه، فوجدت رجلاً قد أخذه، فتناوعنا إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فوجدناه نازلاً بأبواء تحت شجرة قد استظل بنطع، فقضى به بيننا شطرين، فقلت: يا رسول الله! هذه حبائلي في رجله، قال: ((هو ذاك)). قلت: يا رسول الله! إنا نكون على الماء فترد علينا الإبل وهي عطاش فنسقيها من الماء، هل لنا في ذلك من أجر؟ قال: ((نعم، في كل ذات كبد حرى أجر)). قلت: يا رسول الله! الإبل الطوال تلقانا وهي مصراة ونحن جياع؟ قال: ((قل: يا صاحب الإبل! يا صاحب الإبل!)) ثلاثاً ((فإن جاء وإلا فحل حرارها فاحلب واشرب وأعد صرارها وبق للبن دواعيه))، ثم أنشا يحدثنا – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((يأتي على الناس زمان يكون خير المال فيه غنم بين المسجدين – يعني مسجد المدينة ومسجد مكة – تأكل الشجر وترد المياه، يأكل صاحبها من رسلها، ويلبس من أصوافها – أو قال من أشعارها – والفتن ترتكس بين جراثيم العرب، والدماء تسفك))، يقولها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ثلاثاً. قلت: يا رسول الله أوصني قال: ((اتق الله، وأقم الصلاة، وآت الزكاة، وحج البيت، واعتمر، وبر والديك، وصل رحمك، وأقر الضيف، وأمر بالمعروف، وانه عن المنكر، وزل مع الحق حيثما زال)).
[تخ، ع، حب، طب، ((الضعيفة)) (3201)]

(Lemah) Daripada al-Qāsim ibn al-Mukhawwal al-Bahzī kemudian al-Sulamī telah berkata: Aku telah mendengar bapaku menceritakan – beliau sempat berada pada zaman Jahiliyyah dan Islam – beliau telah berkata: “Aku telah pergi menguruskan jaring perangkap haiwan yang aku miliki, di al-Abwā’. Lalu seekor kijang terkena salah satu perangkap itu, maka perangkap itu terbalik. Kami telah keluar, aku mengikuti jejaknya. Namun, aku telah dapati seorang lelaki hendak mengambilnya. Kami pun saling berbantahan dan menuju kepada Rasulullah SAW. Kami mendapati Baginda SAW sedang berteduh di bawah sebatang pokok di Abwa’ bersama tikar. Maka Baginda SAW pun memutuskan kijang itu dibahagi dua di antara kami. Aku telah berkata: “Wahai Rasulullah, ini adalah tali-tali perangkapku di kaki kijang itu.” Baginda SAW telah bersabda: “Ia sepertimana yang diputuskan.” Kemudian, aku bertanya Rasulullah: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ketika kami berada berhampiran air, ada unta datang kepada kami dalam keadaan haus, maka kami pun memberinya minum. Adakah ada pahala untuk kami? Baginda menjawab: “Ya! Memberi minuman bagi setiap sesuatu yang kehausan dan mempunyai hati, kamu akan dikurniakan ganjaran pahala. Aku bertanya lagi: “Kalau kami terjumpa unta besar yang diikat susunya dalam keadaan kami lapar, boleh kami mengambil susu daripadanya?”. Rasulullah menjawab: “Panggil wahai tuan unta” sebanyak tiga kali. Jika tuannya tidak datang, maka boleh longgarkan ikatan susu unta itu. Kemudian, kamu boleh perah dan minum susu tersebut. Selepas itu, kamu ikat semula susu unta tersebut dan berilah susu itu kepada orang yang memintanya. Kemudian, Nabi baring dan meceritakan kepada kami: Akan datang suatu zaman di mana harta terbaik bagi seseorang itu adalah kambing-kambing yang di antara dua masjid (masjid Madinah dan masjid Mekkah). Kambing-kambing itu makan tumbuhan-tumbuhan dan membawa air kepada pengembalanya. Pengembalanya akan minum susu dan memakai bulu kambing-kambingnya. Fitnah, akan bertambah teruk di Tanah Arab sehingga darah akan tertumpah. Rasulullah menceritakan perkara-perkara ini sebanyak tiga kali. Aku telah berkata: “Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku”. Baginda berkata: “Bertakwalah kamu kepada Allah, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, lakukanlah ibadah haji di Baitullah, laksanakan ibadah umrah, berbuat baiklah kepada ibubapa kamu, sambungkanlah silaturrahim, muliakanlah tetamu, perintahkanlah ke arah kebaikan, cegahlah kemungkaran, dan bersamalah dengan kebenaran di mana sahaja ia berada.”
[Riwayat al-Bukhārī dalam Tārikh al-Kabīr, Abu Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no 3201]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs