Daif Dengan Selengkapnya

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Rasulullah, berilah nasihat ringkas kepadaku

Teks Bahasa Arab

عليكَ بالإِيَاسِ مما في أَيْدِي الناسِ، وإياكَ والطمعَ؛ فإنه الفقرُ الحاضرُ، وصَلِّ صلاتَكَ وأنتَ مُوَدِّعٌ، وإياكَ وما تَعْتَذِرُ منه.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah kamu berputus asa (tidak terlalu mengharap) dari apa yang berada di tangan-tangan manusia. Dan hendaklah kamu berhati-hati dan menjauhi sikap tamak, kerana sesungguhnya ia merupakan kefakiran yang segera. Solatlah seperti kamu akan meninggal dunia. Dan kamu jauhilah perkara yang menyebabkan kamu (menyesal dan) perlu meminta maaf disebabkannya.

Sahabat Perawi

  1. Sa’ad bin Abi Waqqas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif Dengan Selengkapnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 286, hadis no. 1498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه) عن سعد بن أبي وقاس - رضي الله عنه -، قال: جاء رجل إلى النبي - صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله! أوصني وأوجز، فقال له النبي - صلى الله عليه وسلم: ((عليك بالإياس مما في أيدي الناس، وإياك والطمع؛ فإنه الفقر الحاضر، وصل صلاتك وأنت مودع، وإياك وما تعتذر منه)). [الرياني، ك، البيهقي في ((الزهد الكبير))، فر، الضياء في ((الخامس من حكاية المنثورة))، ((الضعيفة)) (3881)]

(Daif Dengan Selengkapnya) Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas RA beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi S.A.W, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, berilah nasihat ringkas kepadaku. Maka Nabi S.A.W pun berkata kepadanya: Hendaklah kamu berputus asa (tidak terlalu mengharap) dari apa yang berada di tangan-tangan manusia. Dan hendaklah kamu berhati-hati dan menjauhi sikap tamak, kerana sesungguhnya ia merupakan kefakiran yang segera. Solatlah seperti kamu akan meninggal dunia. Dan kamu jauhilah perkara yang menyebabkan kamu (menyesal dan) perlu meminta maaf disebabkannya. [Riwayat al-Ruyani, Mustadrak al-Hakim, al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabir, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, dan al-Dhiya’ dalam al-Khamis Min al-Hikayat al-Manthurah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3881]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.