Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: يا رسول الله كيف ينبغي للمذنب أن يتوب من الذنوب؟ قال يغتسل ليلة الاثنين بعد الوتر ويصلي اثنتي عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وقل يا أيها الكافرون مرة وعشر مرات قل هو الله أحد ثم يقوم ويصلي أربع ركعات ويسلم ويسجد ويقرأ في سجوده آية الكرسي مرة ثم يرفع رأسه ويستغفر مائة مرة ويقول مائة مرة: لا حول ولا قوة إلا بالله ويصبح من الغد صائما ويصلي عند إفطاره ركعتين بفاتحة الكتاب وخمسين مرة قل هو الله أحد ويقول: يا مقلب القلوب تقبل توبتي كما تقبلت من نبيك داود واعصمني كما عصمت يحيى بن زكريا وأصلحني كما أصلحت أولياءك الصالحين اللهم إني نادم على ما فعلت فاعصمني حتى لا أعصيك ثم يقوم نادما فإن رأس مال التائب الندامة فمن فعل ذلك: تقبل الله توبته.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Wahai Rasulullah bagaimana sepatutnya seorang pelaku dosa untuk bertaubat dari dosanya? Nabi SAW menjawab: Dia mandi pada malam Isnin selepas solat witir dan dia solat dua belas rakaat dengan membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, surah al-Kafirun sekali dan surah al-Ikhlas sepuluh kali. Kemudian dia bangun, solat empat rakaat, salam dan sujud lalu membaca di dalam sujudnya Ayat Kursi sekali. Kemudian dia angkat kepalanya dan membaca istighfar seratus kali. Dia juga membaca Hauqalah seratus kali. Dia juga berpuasa pada pagi esoknya lalu solat dua rakaat ketika berbuka puasa dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan membaca surah al-Ikhlas lima puluh kali. Dia berdoa: Wahai tuhan yang membolak-balikan hati! Terimalah taubatku sepertimana engkau menerima taubat Nabi Daud. Peliharalah aku sepertimana engkau memelihara Nabi Yahya bin Zakariyya. Perbaikilah urusanku sepertimana engkau memperbaiki urusan mereka yang soleh. Ya Allah sesungguhnya aku menyesal di atas dosa yang dilakukan, maka Engkau peliharalah aku hingga aku tidak bermaksiat kepadamu. Kemudian dia bangun dalam keadaan menyesal kerana sesungguhnya ibu bagi taubat itu adalah menyesal. Maka barang siapa berbuat demikian, maka Allah terima taubatnya…hingga akhir hadith.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 54, hadis no. 116. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع وفي إسناده مجاهيل.
Ia palsu, pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman