Wahai Rasulullah! Apakah makna firman Allah: “Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا معاذ، سألت عن أمر عظيم، ثم أرسل عينيه، ثم قال: عشرة أصناف على صورة القردة، وبعضهم على صورة الخنازير، وبعضهم منكبين؛ أرجلهم فوق، ووجوههم أسفل يسحبون عليها، وبعضهم عمي يترددون، وبعضهم صم بكم لا يعقلون، وبعضهم يمضغون ألسنتهم وهي مدلاة على صدورهم، يسيل القيح من أفواههم لعابا، يقذرهم أهل الجمع، وبعضهم مقطعة أيديهم وأرجلهم، وبعضهم مصلوبون على جذوع من نار، وبعضهم أشد نتنا من الجيف، وبعضهم يلبسون جبابا سابغات من قطران لازقة بجلودهم، فأما الذين على صورة القردة فالقتات من الناس… الحديث، إلى أن قال: والذين يلبسون الجباب فأهل الكبر والخيلاء والفخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Muaz! Kamu telah bertanyakan berkaitan satu perkara yang besar. Kemudian mata baginda bergenang. Baginda bersabda: Terdapat sepuluh kumpulan yang Allah membezakan mereka daripada kumpulan orang Islam dan menukar rupa mereka. Sebahagian mereka menjadi bentuk monyet, sebahagian mereka menjadi bentuk khinzir, sebahagian mereka berjalan dengan bahu, kaki mereka di atas, wajah mereka di bawah, mereka diseret di atasnya (wajah), sebahagian mereka buta dalam keraguan, sebahagian mereka pekak lagi bisu dan tidak berakal, sebahagian mereka menggigit lidahnya sendiri yang panjang menjulur sehingga ke paras dadanya sehingga mengalir nanah daripada mulut mereka hingga menjadikan penduduk di Padang Mahsyar pada ketika itu jijik melihatnya, sebahagian mereka dipotong tangan dan kaki mereka, ada yang disalib diri mereka di tiang neraka, sebahagian mereka ada yang berbau lebih busuk daripada bangkai dan sebahagian mereka ada yang memakai pakaian yang diperbuat daripada minyak hitam sehingga melekat ke kulit mereka. Adapun manusia yang ditukarkan Allah menjadi wajah kera, kerana ketika mereka hidup di dunia dahulu sering menyebarkan fitnah dan memecah-belahkan manusia. (Hadith sehingga Baginda berkata) dan orang yang memakai pakaian daripada minyak hitam adalah mereka yang sombong, sentiasa berbangga diri dan angkuh.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1554, hadis nombor 7880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه- أن معاذ بن جبل قال: يا رسول الله! ما قول الله: {يوم ينفخ في الصور فتأتون أفواجاً} ؟ فقال: ((يَا معاذُ! سألتَ عن أمرٍ عظيمٍ)). ثم أَرْسَلَ عَيْنَيْهِ ثم قال: ((عَشَرَةُ أصنافٍ قَد مَيَّزَهُم اللهُ من جماعةِ المسلمينَ، وبدَّلَ صُوَرَهم، فبعضُهم عَلَى صُورَةِ القِرَدَةِ، وبعضُهم عَلَى صُورَة الخنازيرِ، وَبَعْضهُم مُنْكَبِّيْنَ، أَرْجُلُهِم فَوْقُ، وَوُجُوهُهم أَسْفَلُ يُسْحَبُون عَلَيْهَا، وَبَعْضهُم عُميٌ يَتَرَدَّدُون، وَبَعْضهُم صُمٌ بُكْمٌ لَا يَعْقِلُون، وَبَعْضهُم يَمْضَغون أَلْسِنَتَهُم وَهِي مُدلَاةٌ عَلَى صُدُورهُم، يَسِيلُ الْقَيْحُ من أَفْوَاهِهم لُعَاباً، يقذَرُهُم أَهلُ الْجَمْعِ، وَبَعْضهم مُقَطَّعَةٌ أَيْديهم وَأَرْجُلهم، وَبَعْضهم مصلوبون عَلَى جُذَوعٍ من نَارٍ، وَبَعْضهم أَشَدُّ نَتَنَاً من الْجِيَفِ، وَبَعضهُم يَلْبَسُون جِباباً سَابِغَاتٍ من قَطِرَانٍ لازِقَةً بجلودِهم. فَأَمَّا الذِين عَلَى صُورَةِ الْقِرَدَةِ فالقَتَّاتُ من النَّاسِ (الحديثَ، إلى أن قال:) والذِين يَلْبَسُون الجِبابَ فأَهلُ الْكِبْرِ وَالْخُيَلَاءِ وَالْفَخْرِ)) [ابن مردويه، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6444)]

(Palsu)
Daripada al-Barra bin Azib RA: Bahawa Muaz bin Jabal RA berkata: “Wahai Rasulullah! Apa maksud firman Allah: “Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar).” [al-Naba’: 18] Baginda berkata: Wahai Muaz! Kamu telah bertanyakan berkaitan satu perkara yang besar. Kemudian mata baginda bergenang. Baginda bersabda: Terdapat sepuluh kumpulan yang Allah membezakan mereka daripada kumpulan orang Islam dan menukar rupa mereka. Sebahagian mereka menjadi bentuk monyet, sebahagian mereka menjadi bentuk khinzir, sebahagian mereka berjalan dengan bahu, kaki mereka di atas, wajah mereka di bawah, mereka diseret di atasnya (wajah), sebahagian mereka buta dalam keraguan, sebahagian mereka pekak lagi bisu dan tidak berakal, sebahagian mereka menggigit lidahnya sendiri yang panjang menjulur sehingga ke paras dadanya sehingga mengalir nanah daripada mulut mereka hingga menjadikan penduduk di Padang Mahsyar pada ketika itu jijik melihatnya, sebahagian mereka dipotong tangan dan kaki mereka, ada yang disalib diri mereka di tiang neraka, sebahagian mereka ada yang berbau lebih busuk daripada bangkai dan sebahagian mereka ada yang memakai pakaian yang diperbuat daripada minyak hitam sehingga melekat ke kulit mereka. Adapun manusia yang ditukarkan Allah menjadi wajah kera, kerana ketika mereka hidup di dunia dahulu sering menyebarkan fitnah dan memecah-belahkan manusia. (Hadith sehingga Baginda berkata) dan orang yang memakai pakaian daripada minyak hitam adalah mereka yang sombong, sentiasa berbangga diri dan angkuh.”
[Riwayat Ibn Mardawayh dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6444]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.