Satu hasta tanah yang diambil oleh seorang muslim daripada hak saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

ذراع من الأرض ينتقصها المرء المسلم من حق أخيه، فليس حصاة من الأرض يأخذها أحد، إلا طوقها يوم القيامة إلى قعر الأرض، ولا يعلم قعرها إلا الله عز وجل الذي خلقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Satu hasta tanah yang diambil oleh seorang muslim daripada hak saudaranya, tidaklah sama seperti batu-batu kecil dari tanah yang diambil oleh seseorang, melainkan Allah akan membenamkannya pada hari kiamat kelak ke bahagian perut bumi. Dan tidak ada yang mengetahui bahagian perut bumi melainkan Allah Azza wa Jalla yang menciptakannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159 hadis nombor 794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: قلت: يا رسول الله! أي الظلم أظلم؟ قال: ذراع من الأرض ينتقصها المرء المسلم من حق أخيه، فليس حصاة من الأرض يأخذها أحد، إلا طوقها يوم القيامة إلى قعر الأرض، ولا يعلم قعرها إلا الله عز وجل الذي خلقها.
[حم، طب، ((الضعيفة)) (6762)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA beliau berkata, Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah kezaliman yang paling zalim? Baginda bersabda: Satu hasta tanah yang diambil oleh seorang muslim daripada hak saudaranya, tidaklah sama seperti batu-batu kecil dari tanah yang diambil oleh seseorang, melainkan Allah akan membenamkannya pada hari kiamat kelak ke bahagian perut bumi. Dan tidak ada yang mengetahui bahagian perut bumi melainkan Allah Azza wa Jalla yang menciptakannya.
[Musnad Ahmad dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no.6762]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs