Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذِرَاعٌ مِنْ الْأَرْضِ يَنْتَقِصُهَا الْمَرْءُ الْمُسْلِمُ مِنْ حَقِّ أَخِيهِ، فَلَيْسَ حَصَاةٌ مِنْ الْأَرْضِ يَأْخُذُهَا أَحَدٌ، إِلَّا طُوِّقَهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى قَعْرِ الْأَرْضِ، وَلَا يَعْلَمُ قَعْرَهَا إِلَّا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ الَّذِي خَلَقَهَا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Rasulullah! Apakah kezaliman yang paling zalim? Baginda bersabda: Satu hasta tanah yang diambil oleh seorang muslim dari hak saudaranya, tidaklah sama seperti batu-batu kecil dari tanah yang diambil oleh seseorang, melainkan Allah akan membenamkannya pada hari kiamat kelak ke bahagian perut bumi. Dan tidak ada yang mengetahui bahagian perut bumi melainkan Allah Azza wa Jalla yang menciptakannya.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 159, hadis no. 794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله! أي الظلم أظلم؟ قال: ((ذِرَاعٌ مِنْ الْأَرْضِ يَنْتَقِصُهَا الْمَرْءُ الْمُسْلِمُ مِنْ حَقِّ أَخِيهِ، فَلَيْسَ حَصَاةٌ مِنْ الْأَرْضِ يَأْخُذُهَا أَحَدٌ، إِلَّا طُوِّقَهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى قَعْرِ الْأَرْضِ، وَلَا يَعْلَمُ قَعْرَهَا إِلَّا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ الَّذِي خَلَقَهَا)). [حم، طب، ((الضعيفة)) (6762)]
(Daif) Daripada Ibn Mas’ud RA beliau berkata, Aku bertanya : “Wahai Rasulullah! Apakah kezaliman yang paling zalim? Baginda bersabda: Satu hasta tanah yang diambil oleh seorang muslim dari hak saudaranya, tidaklah sama seperti batu-batu kecil dari tanah yang diambil oleh seseorang, melainkan Allah akan membenamkannya pada hari kiamat kelak ke bahagian perut bumi. Dan tidak ada yang mengetahui bahagian perut bumi melainkan Allah Azza wa Jalla yang menciptakannya.” [Musnad Ahmad dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no.6762]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman