Wahai Rasulullah, apakah kezaliman yang paling besar

TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله! أي الظلم أظلم؟ قال: ذراع من الأرض ينتقصها المرء المسلم من حق أخيه فليس حصاة من الأرض يأخذها أحد إلا طوقها يوم القيامة إلى قعر الأرض ، ولا يعلم قعرها إلا الله عز وجل الذي خلقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah, apakah kezaliman yang paling besar? Baginda bersabda: "Sehasta tanah yang diambil oleh seorang muslim dari saudaranya, tidak ada batu dari bumi yang diambil orang seseorang melainkan dia akan dibelit oleh lapisan bumi yang paling bawah, tiada sesiapa yang mengetahui tentang lapisan itu kecuali Allah ‘Azza wa Jalla yang menciptakannya."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 639, hadis nombor 3311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قلت: يا رسول الله أي الظلم أظلم؟ قال: «ذراع من الأرض ينتقصها المرء المسلم من حق أخيه؛ فليس حصاة من الأرض يأخذها أحد، إلا طوقها يوم القيامة إلى قعر الأرض، ولا يعلم قعرها إلا الله – عز وجل – الذي خلقها». [حم، طب، «الضعيفة» (6762)].

(Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kezaliman yang paling besar? Baginda bersabda: "Sehasta tanah yang diambil oleh seorang muslim dari saudaranya, tidak ada batu dari bumi yang diambil orang seseorang melainkan dia akan dibelit oleh lapisan bumi yang paling bawah, tiada sesiapa yang mengetahui tentang lapisan itu kecuali Allah ‘Azza wa Jalla yang menciptakannya." [Riwayat Ahmad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6762]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.