Wahai Rasulullah! Apakah kezaliman yang paling besar? Satu hasta dari tanah yang diambil oleh seorang muslim dari saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله! أي الظلم أعظم؟ قال: ((ذراع من الأرض ينتقصه من حق أخيه، فليست حصاة من الأرض أخذها إلا طوقها يوم القيامة إلى قعر الأرض، ولا يعلم قعرها إلا الذي خلقها)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Wahai Rasulullah! Apakah kezaliman yang paling besar? Nabi bersabda: ((Satu hasta dari tanah yang diambil oleh seorang muslim dari saudaranya, tidak ada satu batu dari bumi yang diambil oleh seseorang pun melainkan ia akan menyebabkan seeorang ditimbus dengannya sehingga ke dasar bumi, dan tidak ada sesiapa yang tahu dasarnya melainkan (Allah) yang menciptakannya.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 606, hadis nombor 3141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله! أي الظلم أعظم؟ قال: ((ذِراعٌ مِن الأرضِ يَنتقِصُه مِن حقِّ أَخيه، فليست حَصاةٌ مِن الأرضِ أخَذَها إلَّا طُوِّقَها يومَ القيامةِ إلى قَعرِ الأرضِ، ولا يعلَمُ قَعرَها إلَّا الذي خلَقَها)). [حم، طب، ((الضعيفة)) (2829)].

(Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA beliau berkata: Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Apakah kezaliman yang paling besar? Nabi bersabda: ((Satu hasta dari tanah yang diambil oleh seorang muslim dari saudaranya, tidak ada satu batu dari bumi yang diambil oleh seseorang pun melainkan ia akan menyebabkan seeorang ditimbus dengannya sehingga ke dasar bumi, dan tidak ada sesiapa yang tahu dasarnya melainkan (Allah) yang menciptakannya.))
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2829].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs