Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَلَا إِنَّهَا سَتَكُونُ فِتْنَةٌ. فَقُلْتُ: مَا الْمَخْرَجُ مِنْهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: كِتَابُ اللَّهِ، فِيهِ نَبَأُ مَا كَانَ قَبْلَكُمْ، وَخَبَرُ مَا بَعْدَكُمْ، وَحُكْمُ مَا بَيْنَكُمْ، وَهُوَ الْفَصْلُ لَيْسَ بِالْهَزْلِ، مَنْ تَرَكَهُ مِنْ جَبَّارٍ قَصَمَهُ اللَّهُ، وَمَنْ ابْتَغَى الْهُدَى فِي غَيْرِهِ أَضَلَّهُ اللَّهُ ...(الحديث).
Teks Bahasa Melayu
Ingatlah! Akan berlakunya fitnah (bencana). Aku pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah jalan keluar daripada fitnah (bencana) ini? Baginda menjawab: Kitab Allah yang dalamnya terdapat berita orang-orang sebelum kamu dan berita selepas kamu, juga hukum apa yang terjadi sesama kamu. Ia adalah pemutus yang tidak main-main. Sesiapa yang meninggalkannya kerana sombong maka Allah akan binasakannya dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selainnya maka Allah akan menyesatkannya... (hadith).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1374 - 1375, hadis no. 7000. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحارث، قال مررت في المسجد، فإذا الناس يخوضون في الأحاديث، فدخلت على علي، فقلت: يا أمير المؤمنين! ألا ترى أن الناس قد خاضوا في الأحاديث؟ قال: وقد فعلوها؟! قلت: نعم، قال: أما إني قد سمعت رسول الله ﷺ يقول: ألا إنها ستكون فتنة. فقلت: ما المخرج منها يا رسول الله؟ قال: كتاب الله، فيه نبأ ما كان قبلكم، وخبر ما بعدكم، وحكم ما بينكم، وهو الفصل ليس بالهزل، من تركه من جبار قصمه الله، ومن ابتغى الهدى في غيره أضله الله...(الحديث). [ت، الدارمي، الفريابي في ((فضائل القرآن))، البغوي ((شرح السنة))، ((الضعيفة)) (6393)]
(Lemah) Daripada al-Harith, katanya: Aku pernah melintasi masjid, ketika itu sekumpulan orang sedang asyik membicarakan tentang hadith-hadith, lalu aku pun masuk menemui 'Ali, aku berkata: Wahai Amir al-Mu'minin! Tidakkah kamu lihat sekumpulan orang yang asyik membicarakan tentang hadith-hadith? 'Ali berkata: Mereka telah melakukannya? Aku menjawab: Ya, 'Ali berkata: Adapun aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ingatlah! Akan berlakunya fitnah (bencana). Aku pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah jalan keluar daripada fitnah (bencana) ini? Baginda menjawab: Kitab Allah yang dalamnya terdapat berita orang-orang sebelum kamu dan berita selepas kamu, juga hukum apa yang terjadi sesama kamu. Ia adalah pemutus yang tidak main-main. Sesiapa yang meninggalkannya kerana sombong maka Allah akan binasakannya dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selainnya maka Allah akan menyesatkannya... (hadith). [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Darimi, al-Firyabi dalam Fada'il al-Qur'an dan al-Baghawi dalam Sharh al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6393]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman