Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Dukhan?

TEKS BAHASA ARAB

أول الآيات: الدجال، ونزول عيسى ابن مريم، ونار تخرج من قعر عدن – أبين – تسوق الناس إلى المحشر، تقيل معهم إذا قالوا، والدخان، قال حذيفة: يا رسول الله، وما الدخان؟ فتلا رسول الله صلى الله عليه وسلم الآية: {يوم تأتي السماء بدخان مبين ‎﴿١٠﴾ يغشى الناس هذا عذاب أليم ﴿١١﴾‏} [الدخان: 10-11]، يملأ ما بين المشرق والمغرب، يمكث أربعين يوما وليلة. أما المؤمن فيصيبه منه كهيئة الزكام، وأما الكافر؛ فيكون بمنزلة السكران، يخرج من منخريه وأذنيه ودبره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tanda-tanda yang terawal adalah al-Dajjal, turunnya ‘Isa Ibn Maryam, api yang keluar daripada dasar ‘Aden – Abyan – menghalau (mengarahkan) orang ramai ke Mahsyar, ia tidur siang bersama mereka apabila mereka tidur siang dan al-Dukhan (asap tebal). Huzaifah bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Dukhan? Rasulullah SAW pun membaca ayat: Hari yang langit datangkan asap tebal yang nyata. Ia menutupi seluruh manusia. Inilah azab yang pedih. [Surah al-Dukhan ayat 10-11], ia memenuhi antara timur dan barat, ia kekal selama 40 hari 40 malam. Adapun orang mukmin, dia akan terkena asap tersebut hanyalah seperti selsema, manakala orang kafir pula seperti kemabukan, ia keluar daripada dua lubang hidungnya, dua telinganya dan duburnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1390, hadis nombor 7059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أول الآيات: الدجال، ونزول عيسى ابن مريم، ونار تخرج من قعر عدن – أبين – تسوق الناس إلى المحشر، تقيل معهم إذا قالوا، والدخان، قال حذيفة: يا رسول الله، وما الدخان؟ فتلا رسول الله صلى الله عليه وسلم الآية: {يوم تأتي السماء بدخان مبين ‎﴿١٠﴾ يغشى الناس هذا عذاب أليم ﴿١١﴾‏} [الدخان: 10-11]، يملأ ما بين المشرق والمغرب، يمكث أربعين يوما وليلة. أما المؤمن فيصيبه منه كهيئة الزكام، وأما الكافر؛ فيكون بمنزلة السكران، يخرج من منخريه وأذنيه ودبره.
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (6550)]

(Palsu dengan lafaz yang lengkap ini)
Daripada Huzaifah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tanda-tanda yang terawal adalah al-Dajjal, turunnya ‘Isa Ibn Maryam, api yang keluar daripada dasar ‘Aden – Abyan – menghalau (mengarahkan) orang ramai ke Mahsyar, ia tidur siang bersama mereka apabila mereka tidur siang dan al-Dukhan (asap tebal). Huzaifah bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Dukhan? Rasulullah SAW pun membaca ayat: Hari yang langit datangkan asap tebal yang nyata. Ia menutupi seluruh manusia. Inilah azab yang pedih. [Surah al-Dukhan ayat 10-11], ia memenuhi antara timur dan barat, ia kekal selama 40 hari 40 malam. Adapun orang mukmin, dia akan terkena asap tersebut hanyalah seperti selsema, manakala orang kafir pula seperti kemabukan, ia keluar daripada dua lubang hidungnya, dua telinganya dan duburnya.
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6550]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs