Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوَّلُ الآيات الدَّجالُ، وَنزول عِيسى بن مَرْيَمَ، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قَعْرِ عَدْنِ أَبْيَنَ تَسُوقُ النَّاسَ إلى المَحْشَر تَقِيلُ مَعَهُمْ إذَا قالوا، والدُّخان"، قال حُذيفة: يا رسول الله! وما الدخان؟ فتلا رسول الله صلى الله عليه وسلم الآية: {يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ} ، يَمْلأ ما بَينَ المَشْرقِ والمَغْرِب يَمْكُثُ أرْبَعِينَ يَوْما وَلَيْلَةً أمَّا المُؤْمِنُ فَيُصِيبُهُ مِنْهُ كَهَيْئَةِ الزُّكامِ. وأمَّا الكَافِرُ فَيَكُونُ بِمَنزلَةِ السَّكْرانِ يَخْرُجُ مِنْ مَنْخِريْهِ وأُذُنَيْهِ ودُبُرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tanda-tanda yang terawal adalah al-Dajjal, turunnya 'Isa Ibn Maryam, api yang keluar daripada dasar 'Aden - Abyan - menghalau (mengarahkan) orang ramai ke Mahsyar, ia tidur siang bersama mereka apabila mereka tidur siang dan al-Dukhan (asap tebal). Huzaifah bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Dukhan? Rasulullah SAW pun membaca ayat: Hari yang langit datangkan asap tebal yang nyata. Ia menutupi seluruh manusia. Inilah azab yang pedih. [Surah al-Dukhan ayat 10-11], ia memenuhi antara timur dan barat, ia kekal selama 40 hari 40 malam. Adapun orang mukmin, dia akan terkena asap tersebut hanyalah seperti selsema, manakala orang kafir pula seperti kemabukan, ia keluar daripada dua lubang hidungnya, dua telinganya dan duburnya.
Sahabat Perawi
- Huzaifah bin al-Yaman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1390, hadis no. 7059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا التمام) عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أول الآيات: الدجال، ونزول عيسى ابن مريم، ونار تخرج من قعر عدن - أبين - تسوق الناس إلى المحشر، تقيل معهم إذا قالوا، والدخان، قال حذيفة: يا رسول الله، وما الدخان؟ فتلا رسول الله صلى الله عليه وسلم الآية: {يوم تأتي السماء بدخان مبين ﴿١٠﴾ يغشى الناس هذا عذاب أليم ﴿١١﴾} [الدخان: 10-11]، يملأ ما بين المشرق والمغرب، يمكث أربعين يوما وليلة. أما المؤمن فيصيبه منه كهيئة الزكام، وأما الكافر؛ فيكون بمنزلة السكران، يخرج من منخريه وأذنيه ودبره. [ابن جرير، ((الضعيفة)) (6550)]
(Palsu dengan lafaz yang lengkap ini) Daripada Huzaifah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tanda-tanda yang terawal adalah al-Dajjal, turunnya 'Isa Ibn Maryam, api yang keluar daripada dasar 'Aden - Abyan - menghalau (mengarahkan) orang ramai ke Mahsyar, ia tidur siang bersama mereka apabila mereka tidur siang dan al-Dukhan (asap tebal). Huzaifah bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Dukhan? Rasulullah SAW pun membaca ayat: Hari yang langit datangkan asap tebal yang nyata. Ia menutupi seluruh manusia. Inilah azab yang pedih. [Surah al-Dukhan ayat 10-11], ia memenuhi antara timur dan barat, ia kekal selama 40 hari 40 malam. Adapun orang mukmin, dia akan terkena asap tersebut hanyalah seperti selsema, manakala orang kafir pula seperti kemabukan, ia keluar daripada dua lubang hidungnya, dua telinganya dan duburnya. [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6550]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman