Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا رسول الله! ما حق جاري علي؟ قال: ((إن مرِضَ عُدتَهُ وإن ماتَ شيَّعتَهُ وإن استقرضَكَ أقرضتَهُ وإن أعوَزَ سترتَهُ وإن أصابَ خيرًا هنَّأتَهُ وإن أصابتْهُ مُصيبةٌ عزَّيتَهُ ولا ترفَع بناءَكَ فوقَ بنائِهِ فتسدَّ عليْهِ الرِّيحَ ولا تؤذِهِ بريحِ قِدرِكَ إلَّا أن تغرِفَ لَهُ منْها)).
Teks Bahasa Melayu
‘’Wahai Rasulullah, apakah hak jiranku ke atas diriku?’’. Baginda SAW telah menjawab: “Sekiranya dia sakit, kamu ziarahinya. Sekiranya dia meninggal dunia, kamu iringi jenazahnya. Sekiranya dia minta untuk meminjam daripada kamu, maka kamu pinjamkan kepadanya. Sekiranya dia seorang yang fakir, maka kamu menutup keaibannya. Sekiranya dia mendapat kebaikan, maka kamu mengucapkan tahniah kepadanya. Sekiranya dia ditimpa musibah, maka kamu mengucapkan takziah kepadanya. Dan janganlah kamu meninggikan binaan rumah kamu mengatasi binaan rumahnya, kerana ia akan menutup angin ke atas rumahnya. Dan janganlah kamu menyakitinya dengan bau apa yang kamu masak, kecuali kamu mencedok untuknya daripadanya."
Sahabat Perawi
- Mu‘āwiyah bin Qurrah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 45, hadis no. 183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاوية بن قرة - رضي الله عنه -، قال: قلت:يا رسول الله! ما حق جاري علي؟ قال: ((إن مرض عدته، وإن مات شيعته، وإن استقرضك أقرضته، وإن أعوز سترته، وإن أصاب خيرا هنأته، وإن أصابته مصيبة عزيته، ولا ترفع بناءك فوق بناءه فتسد عليه الريح، ولا تؤذه بريح قدرك إلا أن تغرف له منها)). [طب، ((الضعيفة)) (2587)]
(Daif) Daripada Mu‘āwiyah ibn Qurrah RA berkata: Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah hak jiranku ke atas diriku?". Baginda SAW telah menjawab: "Sekiranya dia sakit, kamu ziarahinya. Sekiranya dia meninggal dunia, kamu iringi jenazahnya. Sekiranya dia minta untuk meminjam daripada kamu, maka kamu pinjamkan kepadanya. Sekiranya dia seorang yang fakir, maka kamu menutup keaibannya. Sekiranya dia mendapat kebaikan, maka kamu mengucapkan tahniah kepadanya. Sekiranya dia ditimpa musibah, maka kamu mengucapkan takziah kepadanya. Dan janganlah kamu meninggikan binaan rumah kamu mengatasi binaan rumahnya, kerana ia akan menutup angin ke atas rumahnya. Dan janganlah kamu menyakitinya dengan bau apa yang kamu masak, kecuali kamu mencedok untuknya daripadanya." [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2587]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman