Wahai Rasulullah, apakah balasan bagi wanita yang berperang?

TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله ما جزاء غزوة المرأة؟ قال: طاعة الزوج واعتراف بحقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah, apakah balasan bagi wanita yang berperang? Baginda SAW bersabda: Taat kepada suaminya dan pengiktirafan haknya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1016, hadis nombor 5228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قالت امرأة: يا رسول الله، ما جزاء غزوة المرأة؟ قال: طاعة الزوج واعتراف بحقه. [خت, الضعيفة (5733)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Seorang wanita telah berkata: Wahai Rasulullah, apakah balasan bagi wanita yang berperang? Baginda SAW bersabda: Taat kepada suaminya dan pengiktirafan haknya. [Riwayat Al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5733]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs