Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا رسول الله ما جزاءُ غزوةِ المرأةِ ؟ قال: طاعةُ الزَّوجِ واعتِرافٌ بحقِّهِا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Rasulullah, apakah balasan bagi wanita yang berperang? Baginda SAW bersabda: Taat kepada suaminya dan pengiktirafan haknya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1016, hadis no. 5228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قالت امرأة: يا رسول الله، ما جزاء غزوة المرأة؟ قال: طاعة الزوج واعتراف بحقه. [خت, الضعيفة (5733)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Seorang wanita telah berkata: Wahai Rasulullah, apakah balasan bagi wanita yang berperang? Baginda SAW bersabda: Taat kepada suaminya dan pengiktirafan haknya. [Riwayat Al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5733]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman