Wahai Rasulullah! Apakah balasan bagi demam?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تجري الحسنات على صاحبها ما اختلج عليه قدم أو ضرب عليه عرق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kebaikan akan mengalir kepada orang itu selagi mana kakinya bergerak dan dia berpeluh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1735, hadis nombor 8728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بن كعب رضي الله عنه أنه قال: “يا رسول الله! ما جزاء الحمى؟” قال: ((تجري الحسنات على صاحبها ما اختلج عليه قدم أو ضرب عليه عرق)) قال أبي: “اللهم إني أسألك حمى لا تمنعني خروجا في سبيلك ولا خروجا إلى بيتك ولا مسجد نبيك. قال: فلم يمس أبي قط إلا وبه حمّى. [طب، حل، ((الضعيفة)) (3387)]

(Lemah)
Daripada Ubay Bin Ka’ab RA sesungguhnya beliau berkata: Wahai Rasulullah! Apakah balasan bagi demam? Baginda bersabda: ((Kebaikan akan mengalir kepada orang itu selagi mana kakinya bergerak dan dia berpeluh.)) Maka ayahku berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu demam yang tidak menghalangku daripada keluar di jalan-Mu, yang tidak menghalangku daripada keluar ke rumah-Mu dan masjid Nabi-Mu.” Lalu Ubay berkata: Selepas daripada itu, ayahku tidak terkena apa sakit pun melainkan padanya ada demam.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3387].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.