Wahai Rasulullah, apakah antara sebab yang membuatkan Tuhan tertawa melihat hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

أن عوف بن الحارث، قال: يا رسول الله ما يضحك الرب من عبده؟ فقال – صلى الله عليه وسلم -: ((غمسه يده في العدو حاسرا))، فنزع درعا كانت عليه فقذفها ثم أخذ سيفه فقاتل حتى قتل رحمه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ‘Awf bin al-Harith pernah berkata: “Wahai Rasulullah, apakah antara sebab yang membuatkan Tuhan tertawa melihat hamba-Nya?” Rasulullah SAW pun menjawab: “Seseorang yang mendedahkan dirinya, memerangi musuh dalam keadaan tidak memakai sebarang topi besi (perlindungan), dia sendiri mencabut topi besi yang dia pakai sebelum ini kemudian melemparnya, dan mengambil pedangnya lalu dia terus berjuang memerangi musuh sehingga dia terbunuh, semoga Allah merahmatinya.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1033, hadis nombor 5294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عاصم بن عمر، قال: أن عوف بن الحارث، قال: يا رسول الله ما يضحك الرب من عبده؟ فقال – صلى الله عليه وسلم -: ((غمسه يده في العدو حاسرا))، فنزع درعا كانت عليه فقذفها ثم أخذ سيفه فقاتل حتى قتل رحمه الله. [ابن إسحاق، ش، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (6643)].

(Munkar)
Daripada ‘Asim bin ‘Umar (beliau) berkata: Sesungguhnya ‘Awf bin al-Harith pernah berkata: “Wahai Rasulullah, apakah antara sebab yang membuatkan Tuhan tertawa melihat hamba-Nya?” Rasulullah SAW pun menjawab: “Seseorang yang mendedahkan dirinya, memerangi musuh dalam keadaan tidak memakai sebarang topi besi (perlindungan), dia sendiri mencabut topi besi yang dia pakai sebelum ini kemudian melemparnya, dan mengambil pedangnya lalu dia terus berjuang memerangi musuh sehingga dia terbunuh, semoga Allah merahmatinya.”
[Riwayat Ibn Ishaq, Ibn Abi Shaybah dalam Musannaf beliau dan Abu Nu’aym dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6643].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs