Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Rasulullah, apakah antara sebab yang membuatkan Tuhan tertawa melihat hamba-Nya

Teks Bahasa Arab

أنَّ عوفَ بنَ الحارثَ وهو ابنُ عفراءَ قال: يا رسولَ اللهِ، ما يُضحِكُ الربَّ من عبدِهِ؟ قال -صلى الله عليه وسلم -: غَمْسُهُ يدَهُ في العدوِّ حاسرًا، فنزعَ درعًا كان عليه فقَذَفَهَا، ثم أخذَ سيفَهُ فقاتلَ حتى قُتِلَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya ‘Awf bin al-Harith pernah berkata: “Wahai Rasulullah, apakah antara sebab yang membuatkan Tuhan tertawa melihat hamba-Nya?” Rasulullah SAW pun menjawab: “Seseorang yang mendedahkan dirinya, memerangi musuh dalam keadaan tidak memakai sebarang topi besi (perlindungan), dia sendiri mencabut topi besi yang dia pakai sebelum ini kemudian melemparnya, dan mengambil pedangnya lalu dia terus berjuang memerangi musuh sehingga dia terbunuh, semoga Allah merahmatinya.”

Sahabat Perawi

  1. Asim bin 'Umar

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1033, hadis no. 5294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عاصم بن عمر، قال: أن عوف بن الحارث، قال: يا رسول الله ما يضحك الرب من عبده؟ فقال - صلى الله عليه وسلم -: ((غمسه يده في العدو حاسرا))، فنزع درعا كانت عليه فقذفها ثم أخذ سيفه فقاتل حتى قتل رحمه الله. [ابن إسحاق، ش، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (6643)].

(Munkar) Daripada ‘Asim bin ‘Umar (beliau) berkata: Sesungguhnya ‘Awf bin al-Harith pernah berkata: “Wahai Rasulullah, apakah antara sebab yang membuatkan Tuhan tertawa melihat hamba-Nya?” Rasulullah SAW pun menjawab: “Seseorang yang mendedahkan dirinya, memerangi musuh dalam keadaan tidak memakai sebarang topi besi (perlindungan), dia sendiri mencabut topi besi yang dia pakai sebelum ini kemudian melemparnya, dan mengambil pedangnya lalu dia terus berjuang memerangi musuh sehingga dia terbunuh, semoga Allah merahmatinya.” [Riwayat Ibn Ishaq, Ibn Abi Shaybah dalam Musannaf beliau dan Abu Nu’aym dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6643].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.