Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat satu bandar di Rom seperti bandar yang dipanggil Antakiyyah

TEKS BAHASA ARAB

نعم، وذلك أن فيها التوراة، وعصا موسى، ورضراض الألواح، ومائدة سليمان بن داود في غار من غيرانها، ما من سحابة تشرف عليها من وجه من الوجوه إلا فرغت ما فيها من البركة في ذلك الوادي، ولا تذهب الأيام ولا الليالي حتى يسكنها رجل من عترتي، اسمه اسمي، واسم أبيه اسم أبي، يشبه خلقه خلقي، وخلقه خلقي، يملأ الدنيا قسطا كما ملئت ظلما وجورا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya, kerana padanya ada Taurat, tongkat Nabi Musa, batu kecil untuk lembaran takdir, serta hidangan Sulaiman bin Daud di dalam salah satu guanya, tidak ada awan yang menaunginya dalam apa bentuk kecuali ia akan menurunkan keberkatan untuk lembah itu, tidak berlalu siang dan juga malam sehinggalah ia akan diduduki oleh seorang lelaki dari keturunanku, namanya seperti namaku, nama ayahnya adalah seperti nama ayahku, rupanya menyerupai rupaku, akhlaknya juga seperti akhlakku, dia akan memenuhkan keadilan di dunia seperti mana ia pernah dipenuhi dengan kezaliman.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850 – 851, hadis nombor 4362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن تميم الداري -رضي الله عنه- قال: قلت: يا رسول الله! ما رأيت للروم مدينة مثل مدينة يقال لها (أنطاكية)، وما رأيت أكثر مطرا منها، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((نعم، وذلك أن فيها التوراة، وعصا موسى، ورضراض الألواح، ومائدة سليمان بن داود في غار من غيرانها، ما من سحابة تشرف عليها من وجه من الوجوه إلا فرغت ما فيها من البركة في ذلك الوادي، ولا تذهب الأيام ولا الليالي حتى يسكنها رجل من عترتي، اسمه اسمي، واسم أبيه اسم أبي، يشبه خلقه خلقي، وخلقه خلقي، يملأ الدنيا قسطا كما ملئت ظلما وجورا.)). [خط، ابن الجوزي، الذهبي في ((تذكرة الحفاظ))، ((الضعيفة)) (6492)].

(Sangat munkar)
Daripada Tamim al-Dari RA: Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat satu bandar di Rom seperti bandar yang dipanggil Antakiyyah. Aku tidak melihat hujan yang lebat sepertinya di tempat lain." Lalu Nabi SAW bersabda: “Ya, kerana padanya ada Taurat, tongkat Nabi Musa, batu kecil untuk lembaran takdir, serta hidangan Sulaiman bin Daud di dalam salah satu guanya, tidak ada awan yang menaunginya dalam apa bentuk kecuali ia akan menurunkan keberkatan untuk lembah itu, tidak berlalu siang dan juga malam sehinggalah ia akan diduduki oleh seorang lelaki dari keturunanku, namanya seperti namaku, nama ayahnya adalah seperti nama ayahku, rupanya menyerupai rupaku, akhlaknya juga seperti akhlakku, dia akan memenuhkan keadilan di dunia seperti mana ia pernah dipenuhi dengan kezaliman.”
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat dan al-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6492].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs