Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعَم، وذلكَ أنَّ فيها التَّوراةَ، وعصا موسى، ورَضراضَ الألواحِ، ومائدةَ سليمانَ بنِ داودَ في غارٍ من غيرانِها، ما من سحابةٍ تُشرِفُ عليها من وجهٍ من الوجوهِ إلا فرَّغت ما فيها من البركةِ في ذلك الوادي، ولا تذهَبُ الأيَّامُ ولا الليالي حتى يسكنَها رجلٌ من عِترتي، اسمُه اسمي، واسمُ أبيهِ اسمُ أبي، يُشبِهُ خَلقُهُ خَلقي، وخُلُقُه خُلُقي، يملأُ الدُّنيا قِسطاً كما مُلئَت ظُلماً وجوراً.
Teks Bahasa Melayu
Ya, kerana padanya ada Taurat, tongkat Nabi Musa, batu kecil untuk lembaran takdir, serta hidangan Sulaiman bin Daud di dalam salah satu guanya, tidak ada awan yang menaunginya dalam apa bentuk kecuali ia akan menurunkan keberkatan untuk lembah itu, tidak berlalu siang dan juga malam sehinggalah ia akan diduduki oleh seorang lelaki dari keturunanku, namanya seperti namaku, nama ayahnya adalah seperti nama ayahku, rupanya menyerupai rupaku, akhlaknya juga seperti akhlakku, dia akan memenuhkan keadilan di dunia seperti mana ia pernah dipenuhi dengan kezaliman.
Sahabat Perawi
- Tamim al-Dari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850 - 851, hadis no. 4362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat munkar) Daripada Tamim al-Dari RA: Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat satu bandar di Rom seperti bandar yang dipanggil Antakiyyah. Aku tidak melihat hujan yang lebat sepertinya di tempat lain." Lalu Nabi SAW bersabda: “Ya, kerana padanya ada Taurat, tongkat Nabi Musa, batu kecil untuk lembaran takdir, serta hidangan Sulaiman bin Daud di dalam salah satu guanya, tidak ada awan yang menaunginya dalam apa bentuk kecuali ia akan menurunkan keberkatan untuk lembah itu, tidak berlalu siang dan juga malam sehinggalah ia akan diduduki oleh seorang lelaki dari keturunanku, namanya seperti namaku, nama ayahnya adalah seperti nama ayahku, rupanya menyerupai rupaku, akhlaknya juga seperti akhlakku, dia akan memenuhkan keadilan di dunia seperti mana ia pernah dipenuhi dengan kezaliman.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat dan al-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6492].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman