Wahai Rasulullah, aku secara tiba-tiba tidak mampu untuk mengingati al-Quran yang telah dihafaz

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "يا رسول الله إن القرآن يتفلت من صدري قال: أعلمك كلمات ينفعك الله بهن وينفع من علمته قال: بلى بأبي أنت وأمي يا رسول الله. قال: صل ليلة الجمعة أربع ركعات في الأولى بفاتحة الكتاب ويس. وفي الثانية: فاتحة الكتاب وبحم الدخان وفي الثالثة: بفاتحة الكتاب وبألم السجدة. وفي الرابعة: فاتحة الكتاب وتبارك المفصل فإذا فرغت من التشهد فاحمد الله تعالى _ إلخ ".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: [Saidina Ali mengadu:] Wahai Rasulullah, sesungguhnya Al-Quran menghilang dari dadaku. Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang akan memberikan faedah kepadamu dan kepada orang yang kamu ajari. Saidina Ali RA berkata: Tentu sekali aku mahu demi bapaku, kamu dan ibuku wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Solatlah pada malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Bacalah pada rakaat yang pertama dengan surah al-Fatihah dan Surah Yaasin. Dan pada rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah dan Surah al-Dukhan, dan pada rakaat ketiga bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan pada rakaat keempat bacalah Surah al-Fatihah dan surah al-Mulk. Apabila kamu telah selesai tasyahhud maka pujilah Allah taala… hingga akhir hadis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 41-42, hadis nombor 85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رَوَاهُ الدَّارَقُطْنِيُّ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ عَلِيٍّ مَرْفُوعًا وَقَدْ تَفَرَّدَ به هشام ابن عَمَّارٍ عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ مُسْلِمٍ.
قَالَ ابْنُ الْجَوْزِيِّ: الْوَلِيدُ يُدَلِّسُ تَدْلِيسَ التَّسْوِيَةِ، وَلا أَتَّهِمُ بِهِ إلا النقاش، يعني: محمد بن الحسن المقري، شَيْخَ الدَّارَقُطْنِيَّ.
قَالَ ابْنُ حَجَرٍ: هَذَا الْكَلامُ تَهَافِتٌ. والنقَّاشُ بَرِيءٌ مِنْ عُهْدَتِهِ. فَإِنَّ التِّرْمِذِيَّ أَخْرَجَهُ مِنْ طَرِيقِ الْوَلِيدِ بِهِ. انْتَهَى.
قال في اللآليء: وَأَخْرَجَهُ الْحَاكِمُ عَنْ أَبِي النَّضْرِ الْفَقِيهِ، وَأَبِي الْحَسَنِ. [أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَلَمَةَ قَالَ: ثنا عُثْمَانُ بْنُ سَعِيدٍ الدَّارِمِيُّ. قَالَ الْحَاكِمُ: وَحَدَّثَنِي أَبَوُ بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمُزَكِّي. ثنا مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْعَبْدِيُّ. قَالا: ثنا أبو أيوب] سليمان بن عبد الرحمن الدِّمَشْقِيُّ. ثنا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ثنا ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ وَعِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ بِهِ. وَقَالَ: صَحِيحٌ عَلى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ، ولم تركن النفس إِلَى مِثْلِ هَذَا مِنَ الْحَاكِمِ. فَالْحَدِيثُ يَقْصُرُ عَنِ الْحَسَنِ فَضْلا عَنِ الصِّحَّةِ. وَفِي أَلْفَاظِهِ نَكَارَةٌ .
أَمَّا دَعَاءُ الْحِفْظِ الَّذِي أَوَّلُهُ: يا ابن عباس: أَلا أُهْدِي لَكَ هَدِيَّةً عَلَّمَنِي جبريل للحفظ. فموضوع.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Abbas daripada Ali secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi) Hisyam bin Ammar bersendirian meriwayatkan daripada al-Walid bin Muslim.
Ibn Jauzi berkata: al-Walid melakukan tadlis taswiyah ( menggugurkan perawi yang dhaif) dan aku tidak menuduhnya melainkan al-Naqqash iaitu Muhammad bin al-Hasan al-Muqri, Guru kepada al-Daraqutni.
Ibn Hajar berkata: ini adalah pendapat yang bercanggah dan lemah, al-Naqqash berlepas diri dari apa yang disandarkan padanya. Sesungguhnya al-Tirmizi meriwayatkan daripada jalan al-Walid.
Al-Suyuthi berkata: al-Hakim meriwayatkan daripada Abi al-Nadr al-Faqih dan Abi al-Hasan. Ahmad bin Muhammad bin Salamah berkata: Uthman bin Said al-Darimi meriwayatkan kepada kami, berkata al-Hakim, Abu Bakar bin Muhammad bin Ja’far al-Muzakki meriwayatkan kepadaku, Muhammad bin Ibrahim al-Abdi meriwayatkan kepada kami, Abu Ayyub Sulaiman bin Abdil Rahman al-Dimasyqi meriwayatkan kepada kami, al-Walid bin Muslim meriwayatkan kepada kami, Ibn Juraij meriwayatkan kepada kami daripada Atha’ dan Ikrimah daripada Ibn Abbas. Al-Hakim berkata: Sanad hadith ini sahih di atas syarat al-Bukhari da Muslim. Al-Suyuti berkata: Tidak tergambar padaku apa yang dinyatakan oleh al-Hakim ini. Hadith ini tidak mencapai darjat hasan apatah lagi sahih kerana pada lafaznya terdapat nakarah (lafaz-lafaz yang tidak mungkin terdapat dalam hadith). Adapun doa Hifzi pada lafaz awalnya: Wahai Ibn Abbas, mahukah aku hadiahkan kepadamu hadiah yang diajarkan kepadaku oleh Jibril untuk menghafaz, ia adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs