Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "يا رسول الله إن القرآن يتفلت من صدري قال: أعلمك كلمات ينفعك الله بهن وينفع من علمته قال: بلى بأبي أنت وأمي يا رسول الله. قال: صل ليلة الجمعة أربع ركعات في الأولى بفاتحة الكتاب ويس. وفي الثانية: فاتحة الكتاب وبحم الدخان وفي الثالثة: بفاتحة الكتاب وبألم السجدة. وفي الرابعة: فاتحة الكتاب وتبارك المفصل فإذا فرغت من التشهد فاحمد الله تعالى _ إلخ ".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: [Saidina Ali mengadu:] Wahai Rasulullah, sesungguhnya Al-Quran menghilang dari dadaku. Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang akan memberikan faedah kepadamu dan kepada orang yang kamu ajari. Saidina Ali RA berkata: Tentu sekali aku mahu demi bapaku, kamu dan ibuku wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Solatlah pada malam Jumaat sebanyak 4 rakaat. Bacalah pada rakaat yang pertama dengan surah al-Fatihah dan Surah Yaasin. Dan pada rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah dan Surah al-Dukhan, dan pada rakaat ketiga bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan pada rakaat keempat bacalah Surah al-Fatihah dan surah al-Mulk. Apabila kamu telah selesai tasyahhud maka pujilah Allah taala… hingga akhir hadis.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 41-42, hadis no. 85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رَوَاهُ الدَّارَقُطْنِيُّ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ عَلِيٍّ مَرْفُوعًا وَقَدْ تَفَرَّدَ به هشام ابن عَمَّارٍ عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ مُسْلِمٍ. قَالَ ابْنُ الْجَوْزِيِّ: الْوَلِيدُ يُدَلِّسُ تَدْلِيسَ التَّسْوِيَةِ، وَلا أَتَّهِمُ بِهِ إلا النقاش، يعني: محمد بن الحسن المقري، شَيْخَ الدَّارَقُطْنِيَّ. قَالَ ابْنُ حَجَرٍ: هَذَا الْكَلامُ تَهَافِتٌ. والنقَّاشُ بَرِيءٌ مِنْ عُهْدَتِهِ. فَإِنَّ التِّرْمِذِيَّ أَخْرَجَهُ مِنْ طَرِيقِ الْوَلِيدِ بِهِ. انْتَهَى. قال في اللآليء: وَأَخْرَجَهُ الْحَاكِمُ عَنْ أَبِي النَّضْرِ الْفَقِيهِ، وَأَبِي الْحَسَنِ. [أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَلَمَةَ قَالَ: ثنا عُثْمَانُ بْنُ سَعِيدٍ الدَّارِمِيُّ. قَالَ الْحَاكِمُ: وَحَدَّثَنِي أَبَوُ بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ الْمُزَكِّي. ثنا مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْعَبْدِيُّ. قَالا: ثنا أبو أيوب] سليمان بن عبد الرحمن الدِّمَشْقِيُّ. ثنا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ثنا ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ وَعِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ بِهِ. وَقَالَ: صَحِيحٌ عَلى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ، ولم تركن النفس إِلَى مِثْلِ هَذَا مِنَ الْحَاكِمِ. فَالْحَدِيثُ يَقْصُرُ عَنِ الْحَسَنِ فَضْلا عَنِ الصِّحَّةِ. وَفِي أَلْفَاظِهِ نَكَارَةٌ . أَمَّا دَعَاءُ الْحِفْظِ الَّذِي أَوَّلُهُ: يا ابن عباس: أَلا أُهْدِي لَكَ هَدِيَّةً عَلَّمَنِي جبريل للحفظ. فموضوع.
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Abbas daripada Ali secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi) Hisyam bin Ammar bersendirian meriwayatkan daripada al-Walid bin Muslim. Ibn Jauzi berkata: al-Walid melakukan tadlis taswiyah ( menggugurkan perawi yang dhaif) dan aku tidak menuduhnya melainkan al-Naqqash iaitu Muhammad bin al-Hasan al-Muqri, Guru kepada al-Daraqutni. Ibn Hajar berkata: ini adalah pendapat yang bercanggah dan lemah, al-Naqqash berlepas diri dari apa yang disandarkan padanya. Sesungguhnya al-Tirmizi meriwayatkan daripada jalan al-Walid. Al-Suyuthi berkata: al-Hakim meriwayatkan daripada Abi al-Nadr al-Faqih dan Abi al-Hasan. Ahmad bin Muhammad bin Salamah berkata: Uthman bin Said al-Darimi meriwayatkan kepada kami, berkata al-Hakim, Abu Bakar bin Muhammad bin Ja’far al-Muzakki meriwayatkan kepadaku, Muhammad bin Ibrahim al-Abdi meriwayatkan kepada kami, Abu Ayyub Sulaiman bin Abdil Rahman al-Dimasyqi meriwayatkan kepada kami, al-Walid bin Muslim meriwayatkan kepada kami, Ibn Juraij meriwayatkan kepada kami daripada Atha’ dan Ikrimah daripada Ibn Abbas. Al-Hakim berkata: Sanad hadith ini sahih di atas syarat al-Bukhari da Muslim. Al-Suyuti berkata: Tidak tergambar padaku apa yang dinyatakan oleh al-Hakim ini. Hadith ini tidak mencapai darjat hasan apatah lagi sahih kerana pada lafaznya terdapat nakarah (lafaz-lafaz yang tidak mungkin terdapat dalam hadith). Adapun doa Hifzi pada lafaz awalnya: Wahai Ibn Abbas, mahukah aku hadiahkan kepadamu hadiah yang diajarkan kepadaku oleh Jibril untuk menghafaz, ia adalah palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman