TEKS BAHASA ARAB
حديث: "قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي تَرَكْتُ الصَّلاةَ قَالَ فَاقْضِ مَا تَرَكْتَ: قَالَ كَيْفَ أَقْضِي؟ [قَالَ صَلِّ مَعَ ] كُلِّ صَلاةٍ صَلاةً مِثْلَهَا قَالَ: قَبْلُ أَوْ بَعْدُ؟ قَالَ: لا [بَلْ] قَبْلُ
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah aku meninggalkan solat, Nabi SAW menjawab: gantilah solat yang kamu tinggalkan. Lelaki itu berkata: bagaimana aku hendak menggantikannya? Nabi SAW menjawab: solatlah dengan setiap solat, solat lain seumpamanya. Lelaki itu bertanya lagi: sebelum atau selepas? Nabi SAW berkata: Bahkan sebelum”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 16, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وهو موضوع والمتهم به سلمة بن عبدان الزاهد
Hadith ini adalah palsu dan yang dituduh melakukan pemalsuan ialah Salamah bin Abdan seorang yang zuhud.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.