Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي تَرَكْتُ الصَّلاةَ قَالَ فَاقْضِ مَا تَرَكْتَ: قَالَ كَيْفَ أَقْضِي؟ [قَالَ صَلِّ مَعَ ] كُلِّ صَلاةٍ صَلاةً مِثْلَهَا قَالَ: قَبْلُ أَوْ بَعْدُ؟ قَالَ: لا [بَلْ] قَبْلُ
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah aku meninggalkan solat, Nabi SAW menjawab: gantilah solat yang kamu tinggalkan. Lelaki itu berkata: bagaimana aku hendak menggantikannya? Nabi SAW menjawab: solatlah dengan setiap solat, solat lain seumpamanya. Lelaki itu bertanya lagi: sebelum atau selepas? Nabi SAW berkata: Bahkan sebelum”.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 16, hadis no. 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وهو موضوع والمتهم به سلمة بن عبدان الزاهد
Hadith ini adalah palsu dan yang dituduh melakukan pemalsuan ialah Salamah bin Abdan seorang yang zuhud.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman