Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهمَّ! فَقِّهْ قُريشًا في الدِّينِ، وأَذِقْهُمْ من يَوْمِي هذا إلى آخرَ الدهرِ نوالًا، فقد أذقتَهُمْ نَكَالًا.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Berikanlah kefahaman kepada orang Quraish dalam agama, dan kurniakanlah ganjaran yang melimpah ruah buat mereka sehingga ke akhir zaman kerana sebelum ini Engkau telah berikan mereka kesusahan.
Sahabat Perawi
- Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1968, hadis no. 9840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن العباس -رضي الله عنه- قال:قلت: يا رسول الله! ما رأيت بعد أبي بكر أوفى من قريش الذين أسلموا بمكة يوم الفتح، فقال رسول الله ﷺ: «اللهم! فقّه قريشاً في الدين، وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالاً، فقد أذقتهم نكالاً». [البزار، «الضعيفة» (6788)].
(Sangat Lemah) Daripada ‘Abbas RA, dia berkata: Aku telah berkata (kepada Rasulullah SAW): “Wahai Rasulullah! Aku dapati tiada yang lebih setia selepas Abu Bakr berbanding orang Quraish yang memeluk Islam di Makkah pada hari pembukaan (Fath Makkah).” Lalu Baginda SAW bersabda: “Ya Allah! Berikanlah kefahaman kepada orang Quraish dalam agama, dan kurniakanlah ganjaran yang melimpah ruah buat mereka sehingga ke akhir zaman kerana sebelum ini Engkau telah berikan mereka kesusahan.” [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6788].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman