Wahai Rasulullah! Aku dapati tiada yang lebih setia selepas Abu Bakar berbanding orang Quraish

TEKS BAHASA ARAB

اللهم! فقّه قريشا في الدين، وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالا، فقد أذقتهم نكالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Berikanlah kefahaman kepada orang Quraish dalam agama, dan kurniakanlah ganjaran yang melimpah ruah buat mereka sehingga ke akhir zaman kerana sebelum ini Engkau telah berikan mereka kesusahan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1968, hadis nombor 9840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن العباس -رضي الله عنه- قال:قلت: يا رسول الله! ما رأيت بعد أبي بكر أوفى من قريش الذين أسلموا بمكة يوم الفتح، فقال رسول الله ﷺ: «اللهم! فقه قريشا في الدين، وأذقهم من يومي هذا إلى آخر الدهر نوالا، فقد أذقتهم نكالا».
[البزار، «الضعيفة» (6788)].

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abbas RA, dia berkata: Aku telah berkata (kepada Rasulullah SAW): “Wahai Rasulullah! Aku dapati tiada yang lebih setia selepas Abu Bakar berbanding orang Quraish yang memeluk Islam di Makkah pada hari pembukaan (Fath Makkah).” Lalu Baginda SAW bersabda: “Ya Allah! Berikanlah kefahaman kepada orang Quraish dalam agama, dan kurniakanlah ganjaran yang melimpah ruah buat mereka sehingga ke akhir zaman kerana sebelum ini Engkau telah berikan mereka kesusahan.”
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6788].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs