TEKS BAHASA ARAB
يا رسول الله! أرأيت آدم؛ أنبياً كان؟ قال: نعم؛ نبياً رسولاً، يكلمه الله قبيلاً – يعني: عياناً – فقال: اسكن أنت وزوجك الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Rasulullah! Adakah anda berpendapat Adam adalah seorang Nabi? Baginda menjawab: Ya, Nabi lagi Rasul, Allah berbicara dengannya secara bersemuka, lalu Allah berfirman: Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1342, hadis nombor 6857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي ذر رضي الله عنه، قال: قلت: يا رسول الله! أرأيت آدم؛ أنبياً كان؟ قال: نعم؛ نبياً رسولاً، يكلمه الله قبيلاً – يعني: عياناً – فقال: اسكن أنت وزوجك الجنة.
[عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4063)]
(Munkar)
Daripada Abi Zar RA telah berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah anda berpendapat Adam adalah seorang Nabi? Baginda menjawab: Ya, Nabi lagi Rasul, Allah berbicara dengannya secara bersemuka, lalu Allah berfirman: Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4063]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.