Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Rasullullah adakah Engkau datang dari syurga dengan makanan?

Teks Bahasa Arab

حديث: معاذ بن جبل قال: قلت يا رسول الله هل أتيت من الجنة بطعام؟ قال: نعم أتيت بهريسة فأكلتها فزادت في قوتي قوة أربعين وفي نكاحي نكاح أربعين.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Muaz bin Jabal, dia berkata: Aku berkata: Wahai Rasullullah adakah Engkau datang dari syurga dengan makanan? Rasullullah SAW berkata: Ya, Aku datang membawa bubur dan aku memakannya, maka bertambahlah kekuatanku seperti kekuatan 40 orang dan nikahku seperti nikah 40 orang.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 176, hadis no. 54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي وقال: هذا حديث وضعه محمد بن الحجاج اللخمي وكان صاحب هريس وقد رواه الخطيب وأبو نعيم في الطب والعقيلي من طريقه. ورواه ابن عدي من طريق أخرى عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: نهشل وهو كذاب وسلام بن سليمان وهو متروك ولعل أحدهما سرقه من محمد بن الحجاج وله طرق لا تصح .

Al-Uqaili meriwayatkan dan berkata: Hadith ini direka oleh Muhammad bin al-Hajjaj al-Lakhmi, pemilik makanan (bubur). Al-Khatib, Abu Nu’aim dalam kitab al-Tibb dan al-Uqaili meriwayatkan dari jalannya. Ibn ‘Adi meriwayatkan dari jalan lain daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), pada sanadnya terdapat Nahsyal sedangkan dia seorang pendusta manakala Salam bin Sulaiman seorang yang terlalu daif, kemungkinan salah seorang dari keduanya mencuri hadith ini daripada Muhammad bin al-Hajjaj, dan baginya jalan-jalan yang tidak sahih.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.