Wahai Rasul Allah! Wahai anak pakcikku! Bolehkah apabila yang datang bertemumu itu datang,

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قلت يا رسول الله يا ابن عمي هل تستطيع إذا جاءك الذي يأتيك أن تخبرني به فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم نعم يا خديجة قالت خديجة فجاءه جبريل ذات يوم وأنا عنده فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم يا خديجة هذا صاحبي الذي يأتيني قد جاء فقلت له قم فاجلس على فخذي الأيمن فقام فجلس على فخذي الأيمن فقلت له هل تراه قال نعم فقلت له تحول فاجلس على فخذي الأيسر فجلس فقلت هل تراه قال نعم فقلت له فتحول فاجلس في حجري فجلس فقلت له هل تراه قال نعم قالت خديجة فتحسرت وطرحت خماري وقلت له هل تراه قال لا فقلت له هذا والله ملك كريم لا والله ما هذا شيطان قالت خديجة فقلت لورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى بن قصي ذلك كما أخبرني به محمد رسول الله فقال ورقة حقا يا خديجة حديثك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akuberkata: Wahai Rasul Allah! Wahai anak pakcikku! Bolehkah apabila yang datang bertemumu itu datang, kamu beritahu aku? Lalu Rasulullah SAW berkata kepadaku: Ya, wahai Khadijah! Khadijah berkata: Lalu Jibril datang pada suatu hari sedang aku berada di sisi baginda. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Wahai Khadijah! Inilah sahabatku yang selalu datang menemuiku, dia telah datang. Lalu aku berkata kepadanya: Bangunlah dan duduklah atas peha kananku. Lantas ia bangun lalu duduk atas peha kananku. Lalu aku berkata kepada Baginda. Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: Ya. Lalu aku berkata, ubahlah dan duduklah atas peha kiriku. Lantas ia pun duduk. Lalu aku berkata: Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: Ya. Lalu aku berkata, ubahlah dan duduklah di ribaku. Lantas ia duduk. Lalu aku berkata kepada Baginda: Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: Ya. Khadijah berkata, lalu aku pun membuka wajahku dan tudungku. Lalu aku berkata kepada Baginda: adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: Tidak. Lalu aku berkata kepada Baginda: Ini demi Allah adalah seorang malaikat yang mulia. Ini demi Allah bukan syaitan. Khadijah berkata: Lalu aku berkata kepada Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusay: Itulah apa yang Muhammad Rasulullah beritahu aku. Maka Waraqah pun berkata: Benar katamu wahai Khadijah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 557, hadis nombor 2897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن خديجة – رضي الله عنها -، قالت:قلت: يا رسول الله! يا ابن عمي! هل تستطيع إذا جاءك الذي يأتيك أن تخبرني به؟ فقال لي رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَعَمْ يَا خَدِيجَةُ» . قَالَتْ خَدِيجَةُ: فَجَاءَ جِبْرِيلُ ذَاتَ يَوْمٍ وَأَنَا عِنْدَهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا خَدِيجَةُ! هَذَا صَاحِبِي الَّذِي يَأْتِينِي قَدْ جَاءَ» ، فَقُلْتُ لَهُ: قُمْ فَاجْلِسْ عَلَى فَخِدِيَ الْأَيْمَنِ، فَقَامَ، فَجَلَسَ عَلَى فَخِدِيَ الْأَيْمَنِ، فَقُلْتُ لَهُ: هَلْ تَرَاهُ؟ قَالَ: «نَعَمْ» ، فَقُلْتُ لَهُ: تُحَوَّلْ فَاجْلِسْ عَلَى فَخِدِيَ الْأَيْسَرِ، فَجَلَسَ، فَقُلْتُ: هَلْ تَرَاهُ؟ قَالَ: «نَعَمْ» ، فَقُلْتُ لَهُ: فَتَحَوَّلَ فَاجْلِسْ فِي حِجْرِي، فَجَلَسَ، فَقُلْتُ لَهُ: هَلْ تَرَاهُ؟ قَالَ: «نَعَمْ» ، قَالَتْ خَدِيجَةُ: فَتَحَسَّرْتُ وَطَرَحْتُ خِمَارِي، وَقُلْتُ لَهُ: هَلْ تَرَاهُ؟ قَالَ: «لَا» ، فَقُلْتُ لَهُ: هَذَا وَاللَّهِ مَلَكٌ كَرِيمٌ، لَا وَاللَّهِ مَا هَذَا شَيْطَانٌ، قَالَتْ خَدِيجَةُ: فَقُلْتُ لِوَرَقَةَ بْنِ نَوْفَلِ بْنِ أَسَدِ بْنِ عَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قُصَيٍّ: ذَلِكَ مما أَخْبَرَنِي بِهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ وَرَقَةُ: حَقًّا يَا خَدِيجَةُ حَدِيثُكِ.
[طس، ((الضعيفة)) (6097)]

(Lemah)
Daripada Khadijah RA, beliau berkata: Akuberkata: Wahai Rasul Allah! Wahai anak pakcikku! Bolehkah apabila yang datang bertemumu itu datang, kamu beritahu aku? Lalu Rasulullah SAW berkata kepadaku: “Ya, wahai Khadijah!” Khadijah berkata: Lalu Jibril datang pada suatu hari sedang aku berada di sisi baginda. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Khadijah! Inilah sahabatku yang selalu datang menemuiku, dia telah datang.” Lalu aku berkata kepadanya: Bangunlah dan duduklah atas peha kananku. Lantas ia bangun lalu duduk atas peha kananku. Lalu aku berkata kepada Baginda. Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: “Ya.” Lalu aku berkata, ubahlah dan duduklah atas peha kiriku. Lantas ia pun duduk. Lalu aku berkata: Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: “Ya.” Lalu aku berkata, ubahlah dan duduklah di ribaku. Lantas ia duduk. Lalu aku berkata kepada Baginda: Adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: “Ya.” Khadijah berkata, lalu aku pun membuka wajahku dan tudungku. Lalu aku berkata kepada Baginda: adakah kamu melihatnya? Baginda menjawab: “Tidak.” Lalu aku berkata kepada Baginda: Ini demi Allah adalah seorang malaikat yang mulia. Ini demi Allah bukan syaitan. Khadijah berkata: Lalu aku berkata kepada Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusay: Itulah apa yang Muhammad Rasulullah beritahu aku. Maka Waraqah pun berkata: Benar katamu wahai Khadijah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6097]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.