TEKS BAHASA ARAB
يا قتادة! اغتسل بماء وسدر واحلق عنك شعر الكفر، وكان يأمر من أسلم أن يختتن، وإن كان ابن ثمانين سنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Qatadah! Mandilah dengan air dan sidr (sejenis tumbuhan), dan cukurlah rambut kekufuran. Dan Baginda menyuruh sesiapa yang memeluk Islam untuk berkhatan, walaupun orang itu berumur 80 tahun.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 480, hadis nombor 2580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قتادة أبي هشام، قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال لي: ((يا قتادة! اغتسل بماء وسدر واحلق عنك شعر الكفر، وكان يأمر من أسلم أن يختتن، وإن كان ابن ثمانين سنة)).[طب، ((الضعيفة)) (4260)].
(Lemah)
Daripada Qatadah Abi Hisham, beliau berkata: Aku pergi bertemu Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepadaku: “Wahai Qatadah! Mandilah dengan air dan sidr (sejenis tumbuhan), dan cukurlah rambut kekufuran. Dan Baginda menyuruh sesiapa yang memeluk Islam untuk berkhatan, walaupun orang itu berumur 80 tahun.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4260]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.