Qatadah bin Nu’man al-Zhafari bertelagah dengan kaum Quraisy

TEKS BAHASA ARAB

أن قتادة بن النعمان الظفري وقع بقريش فكأنه نال منهم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا قتادة لا تسبن قريشا فلعلك أن ترى منهم رجالا تزدري عملك مع أعمالهم وفعلك مع أفعالهم وتغبطهم إذا رأيتهم [لولا أن تطغى قريش لأخبرتهم بالذي لهم عند الله عز وجل].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Qatadah bin Nu’man al-Zhafari bertelagah dengan kaum Quraisy seakan-akan dia memburukkan mereka, maka Nabi SAW bersabda: ((Wahai Qatadah, janganlah kamu menghina kaum Quraisy! Barangkali kamu melihat ada di antara mereka yang kamu melekehkan amalanmu berbanding amalan mereka, melekehkan perbuatanmu berbanding perbuatan mereka dan kamu akan iri apabila melihat mereka. Jika orang Quraisy tidak melampaui batas, maka pasti aku khabarkan apa yang Allah ‘Azza wa Jalla telah siapkan untuk mereka)).

STATUS

Lemah, melainkan ucapan di antara dua kurungan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1966, hadis nombor 9831. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف ما عدا ما بين المعقوفتين)
عن محمد بن إبراهيم أن قتادة بن النعمان الظفري وقع بقريش فكأنه نال منهم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا قتادة لا تسبن قريشا فلعلك أن ترى منهم رجالا تزدري عملك مع أعمالهم وفعلك مع أفعالهم وتغبطهم إذا رأيتهم [لولا أن تطغى قريش لأخبرتهم بالذي لهم عند الله عز وجل].
[حم، ((الضعيفة)) (٦٧٨٩)]

(Lemah, melainkan ucapan di antara dua kurungan)
Daripada Muhammad bin Ibrahim: Qatadah bin Nu’man al-Zhafari bertelagah dengan kaum Quraisy seakan-akan dia memburukkan mereka, maka Nabi SAW bersabda: ((Wahai Qatadah, janganlah kamu menghina kaum Quraisy! Barangkali kamu melihat ada di antara mereka yang kamu melekehkan amalanmu berbanding amalan mereka, melekehkan perbuatanmu berbanding perbuatan mereka dan kamu akan iri apabila melihat mereka. Jika orang Quraisy tidak melampaui batas, maka pasti aku khabarkan apa yang Allah ‘Azza wa Jalla telah siapkan untuk mereka)).
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6597)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs