Wahai puteriku! kamu aku kasihi sebagai anak

TEKS BAHASA ARAB

يا بنية لك رقة الولد وعلي أعز علي منك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai puteriku! Kamu aku kasihi sebagai anak dan Ali lebih mulia bagiku berbanding kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 158-159, hadis nombor 153. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الطبراني في الكبير) (ج 11/ رقم 11063) قال: حدثنا عبد الرحمن بن خلاد الدورقي ثنا ملحان بن سليمان الدورقي ثنا عبد الله بن داود الخريبي ثنا الأعمش عن مجاهد عن ابن عباس قال: دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم على علي وفاطمة وهما يضحكان فلما رأيا النبي صلى الله عليه وسلم سكتا فقال لهما النبي صلى الله عليه وسلم: ما لكما كنتما تضحكان، فلما رأيتماني سكتما؟ فبادرت فاطمة فقالت: بأبي أنت يا رسول الله قال هذا: أنا أحب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم منك؟ فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: يا بنية…الحديث. قال الهيثمي (9/ 202) : رجاله رجال الصحيح.
قلت: لا، وشيخ الطبراني وشيخه ليسا من رجال الصحيح بل لم أقف لأحدهما على ترجمة. ثم في الإسناد عنعته الأعمش. وله شاهد من حديث علي بن أبي طالب رضي الله عنه أخرجه النسائي في الخصائص (142) وأحمد (1/ 80) وابنه في زوائده على فضائل الصحابة (1076) وابن معين في حديثه (ج 2/ ق 80/ 2) وابن أبي عاصم في الآحاد والمثاني (325/ 2) وسعيد بن منصور في سنته (3/1/114) والحميدي (38) والكلاباذي في مفتاح المعاني (1/129/1) مختصرا عن علي رضي الله عنه. قال : أردت أن أخطب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ابنته ثم ذكرت أنه لا شيء لي فذكرت عائدته وفضله فخطبتها. فقال لي: هل عندك شيء تعطيها إياه؟ قلت: لا قال: فأين درعك الحطمية التي أعطيتكها يوم كذا وكذا؟ . قلت: هي عندي. قال: فأت بها. قال: فجئت بها فأعطيته إياها فزوجنيها. فلما أدخلها علي قال: لا تحدثا شيئا حتى آتيكما. وعلينا كساء أو قطيفة. فلما رأيناه تخشخشنا. فقال: مكانكما. فدعا بإناء فيه ماء. ثم رشه علينا. فقلت: يا رسول الله أهي أحب إليك أم أنا؟ قال: هي أحب إلي منك، وأنت أعز علي منها. وهذا سياق الحميدي. وهو عند بعضهم مختصر.
قلت: وهذا سند ضعيف.وعبد الله بن أبي نجيح كان يدلس، ولم يصرح بالتحديث ثم جهالة الراوي عن علي. وللجزء الأول منه شاهد من حديث ابن عباس رضي الله عنهما. أخرجه أبو داود (2125) والنسائي (6/ 129- 130) والبيهقي (7/ 234، 252) (10/ 269) والخطيب (4/ 193) من طريق أيوب عن عكرمة عن ابن عباس قال: لما تزوج علي فاطمة قال له رسول الله صلى الله عليه وسلم : أعطها شيئا قلت: ما عندي من شيء. قال: فأين درعك الحطمية؟ قلت: هي عندي قال: فأعطها إياه. وسنده صحيح.

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 11/hadith : 11063). Beliau berkata bahawa Abd al-Rahman bin Khallad al-Dawraqi telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata : Milhan bin Sulayman al-Dawraqi telah menceritakan kepada kami. Beliau berkata :Abd Allah bin Daud al-Khuraibi, berkata: al-A’mash telah menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Rasulullah SAW pernah masuk menemui Ali dan Fatimah. Ketika itu mereka berdua sedang ketawa. Apabila mereka berdua melihat Nabi SAW, mereka pun terdiam. Nabi SAW bersabda kepada mereka berdua: “Apakah yang menyebabkan kamu berdua ketawa, apabila kamu berdua melihat aku, kamu terdiam pula?”. Fatimah lalu menjawab: “Demi engkau sebagai ayahku, wahai Rasulullah! Ali berkata: ‘Aku lebih dicintai oleh Rasulullah SAW berbanding kamu”. Rasulullah SAW pun tersenyum seraya bersabda: “Wahai puteriku…”. Menurut Al-Haythami (9/202), beliau berkata: “Para perawinya adalah perawi-perawi sahih”.
Saya berkata: Tidak, guru kepada al-Tabarani dan guru kepada guru al-Tabarani kedua-duanya bukan perawi Kitab al-Sahih. Bahkan saya tidak menemui biografi mereka berdua. Seterusnya, sanad tersebut riwayat secara ‘an’anah oleh al-A’mash. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith ‘Ali bin Abi Talib RA. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Nasa’ei dalam al-Khasa’is (142), Ahmad (1/80), juga anak beliau dalam Zawa’id Fadha’il al-Sahabah (1076), Ibn Ma’in dalam Hadith beliau (juz 2/hlm. 80/2), Ibn Abi ‘Asim dalam al-Ahad Wa al-Mathani (2/325), Sa’id bin Mansur dalam Sunan beliau (3/1/114), al-Humaidi (38), dan al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani (1/129/1) secara ringkas daripada ‘Ali, katanya: “Aku mahu masuk meminang anak perempuan Rasulullah SAW, kemudian aku menyebutkan bahawa aku tidak memiliki apa-apaun, lalu aku pun menyebutkan kebaikan dan kelebihan Baginda SAW, kemudian aku pun meminang Fatimah. Lantas Baginda SAW bersabda kepadaku: “Adakah kamu memiliki sesuatu untuk diberikan kepada Fatimah?”. Aku menjawab: “Tidak ada”. Baginda SAW bersabda: “Dimanakah perisai al-Hutamiyyah yang telah aku berikan kepada kamu pada hari sekian-sekian?”. Aku menjawab: “Ianya ada bersama saya”. Baginda SAW bersabda: “Bawakannya”. Ali berkata: “Aku pun membawakannya, lalu aku berikannya kepada Fatimah, lalu Baginda SAW menikahkan aku dengan Fatimah. Apabila Baginda SAW membawa masuk Fatimah kepadaku, Baginda SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan apa-apa hingga aku datang menemui kamu berdua”. Kami berada dalam selimut, apabila kami melihat Baginda SAW, kami berdua pun menggigil, lalu Baginda SAW bersabda: “Tetaplah pada tempat kamu berdua”. Baginda SAW pun meminta sebekas air kemudian merenjiskan kepada kami. Aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah Fatimah lebih kamu cintai berbanding aku?”. Baginda SAW menjawab: “Dia lebih aku cintai berbanding kamu, sementara kamu pula lebih mulia bagiku berbanding dia”. Ini adalah lafaz yang dibawakan oleh al-Humaidi, lafaz hadith ini adalah ringkas di sisi sebahagian mereka.
Saya berkata: Ini adalah sanad yang dha’if. Abd Allah bin Abi Najih seorang yang selalu melakukan Tadlis. Beliau pula tidak menyebutkan secara jelas lafaz Tahdith (yang menunjukkan beliau memang meriwayatkan daripada gurunya). Kemudian, perawi yang meriwayatkan daripada ‘Ali pula seorang yang tidak dikenali. Bahagian pertama hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Ibn ‘Abbas r.a. Ianya telah diriwayatkan oleh Abu Daud (2125), al-Nasa’ei (6/129-130), al-Baihaqi (7/234, 252) (10/269), dan al-Khatib (4/193) melalui sanad Ayyub daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Ketika ‘Ali berkahwin dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ali: “Berikanlah sesuatu kepada Fatimah’. Saya (‘Ali) menjawab: “Saya tidak memiliki apa-apa pun”. Baginda SAW bersabda: “Dimanakah perisai al-Hutamiyyah?”. Aku menjawab: “Ia ada bersama saya”. Sabda Baginda SAW: “Berikanlah perisai itu kepada Fatimah”. Sanadnya sahih.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs