Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai penghuni kubur siapakah yang kamu cemburu?

Teks Bahasa Arab

حديث: ما من ليلة إلا ينادي مناد: يا أهل القبور من تغبطون؟ فيقولون: أهل المساجد _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidaklah daripada suatu malam melainkan penyeru akan menyeru: Wahai penghuni kubur siapakah yang kamu cemburu? Mereka berkata: Orang yang selalu pergi ke masjid… hingga akhir.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 25, hadis no. 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في التذكرة: لم يوجد.

al-Fattani berkata di dalam Kitabnya Tazkirah: Tidak ada hadith seperti ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.