Wahai penduduk Quraisy! Sesungguhnya kalian menyukai binatang ternakan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا معشر قريش! إنكم تحبون الماشية، فأقلوا منها؛ فإنكم بأقل الأرض مطرا، واحترثوا؛ فإن الحرث مبارك، وأكثروا فيه من الجماجم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai penduduk Quraisy! Sesungguhnya kalian menyukai binatang ternakan, maka berpada-padalah padanya, kerana bumi kamu paling sedikit ditimpa hujan. Bercucuk tanamlah kamu, kerana ada keberkatan pada bercucuk tanam, banyakkanlah tengkorak padanya (orang-orang).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 820, hadis nombor 4220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن ابي طالب –رضي الله عنه- قال: قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم لمدينة، فقال: ((يا معشر قريش! إنكم تحبون الماشية، فأقلوا منها؛ فإنكم بأقل الأرض مطرا، واحترثوا؛ فإن الحرث مبارك، وأكثروا فيه من الجماجم)).
[أبو داود في ((المراسيل))، هق، ((الضعيفة)) (6019)]

(Lemah) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: Rasulullah SAW datang ke Madinah dan bersabda: Wahai penduduk Quraisy! Sesungguhnya kalian menyukai binatang ternakan, maka berpada-padalah padanya, kerana bumi kamu paling sedikit ditimpa hujan. Bercucuk tanamlah kamu, kerana ada keberkatan pada bercucuk tanam, banyakkanlah tengkorak padanya (orang-orang).
[Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6019]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.