Daif

30/06/2024

minit bacaan



Wahai pemilik tali, lemparkanlah tali itu

Teks Bahasa Arab

يا صاحبَ الحبلِ أَلقِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai pemilik tali, lemparkanlah tali itu.

Sahabat Perawi

  1. Salih bin Abi Hasan

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 733, hadis no. 3744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صالح بن أبي حسان أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - رأى محرما ‌محتزما بحبل فقال: ((يا صاحب الحبل ألقه)). [ذكره ابن حزم في المحلى، ((الضعيفة)) (1026)]

(Daif) Daripada Salih bin Abi Hasan bahawa Rasulullah SAW melihat seorang yang berihram mengikat pinggangnya dengan tali dan berkata: Wahai pemilik tali, lemparkanlah tali itu. [Riwayat Ibn Hazm menyebutkannya dalam al-Muhalla. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1026]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.