Wahai Pemilik Hari Pembalasan! Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan

TEKS BAHASA ARAB

يا مالك يوم الدين! إياك نعبد وإياك نستعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Pemilik Hari Pembalasan! Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 512, hadis nombor 2725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي طلحة – رضي الله عنه -، قال: «كنا مع رسول الله ﷺ في غزاة، فلقي العدو، فسمعته يقول: «يا مالك يوم الدين! إياك نعبد وإياك نستعين». فلقد رأيت الرجال تصرع؛ تضربها الملائكة من بين أيديها ومن خلفها». [طس، ابن السني، أبو نعيم في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (5105)].

(Lemah) Daripada Abu Talhah RA, beliau berkata: Kami pernah bersama Rasulullah ﷺ dalam suatu peperangan, lalu Baginda bertemu musuh dan aku mendengar Baginda bersabda: "Wahai pemilik hari pembalasan! Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan." Sungguh aku melihat orang-orang itu ditumbangkan. Para malaikat membantai mereka daripada arah depan dan belakang mereka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, Ibnu Sunni dalam 'Amal al-Yawm wa al-Lailah dan Abu Nu'aim dalam Dala'il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5105].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs