Wahai pakcik! Sesungguhnya Allah Azzawajalla melindungiku daripada jin dan manusia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا عم! إن الله عز وجل قد عصمني من الجن والإنس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai pakcik! Sesungguhnya Allah Azzawajalla melindungiku daripada jin dan manusia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1568, hadis nombor 7941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس-رضي الله عنهما-، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحرس، فكان يرسل معه عمه أبو طالب كل يوم رجالا من بني هاشم يحرسونه حتى نزلت هذه الآية:{يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ} إِلَى قَوْلِهِ: {وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ}، فأراد عمه أن يرسل معه من يحرسه، فقال: ((يا عم! إن الله عز وجل قد عصمني من الجن والإنس)). [طب، الواحدي في ((أسباب النزول))، ((الضعيفة)) (6440)].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW dijaga pengawal. Maka dia dihantar bersama pakciknya Abu Talib setiap hari bersama lelaki-lelaki daripada Bani Hasyim yang menjaganya sehinggalah turun ayat yang berikut, firman Allah SWT: ‘Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.’ [al-Maidah: 67] Maka pakciknya ingin menghatar bersamanya seseorang yang menjaganya lalu baginda berkata: Wahai pakcik! Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah melindungiku daripada jin dan manusia.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6440]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.