Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا عَمِّ! إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ عَصَمَنِي مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai pakcik! Sesungguhnya Allah Azzawajalla melindungiku daripada jin dan manusia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1568, hadis no. 7941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس-رضي الله عنهما-، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحرس، فكان يرسل معه عمه أبو طالب كل يوم رجالا من بني هاشم يحرسونه حتى نزلت هذه الآية:{يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ} إِلَى قَوْلِهِ: {وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ}، فأراد عمه أن يرسل معه من يحرسه، فقال: ((يا عم! إن الله عز وجل قد عصمني من الجن والإنس)). [طب، الواحدي في ((أسباب النزول))، ((الضعيفة)) (6440)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW dijaga pengawal. Maka dia dihantar bersama pakciknya Abu Talib setiap hari bersama lelaki-lelaki daripada Bani Hasyim yang menjaganya sehinggalah turun ayat yang berikut, firman Allah SWT: ‘Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.’ [al-Maidah: 67] Maka pakciknya ingin menghatar bersamanya seseorang yang menjaganya lalu baginda berkata: Wahai pakcik! Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah melindungiku daripada jin dan manusia. [Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6440]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman