Wahai pakcik! Perkara kecil yang menimpamu lebih baik dari perkara yang banyak menimpamu

TEKS BAHASA ARAB

يا عم! ‌قليل ‌يصيبك، خير من كثير يطغيك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai pakcik! Perkara kecil yang menimpamu lebih baik dari perkara banyak yang menjadikan kamu melampau.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 643, hadis nombor 3328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن بسر -رضي الله عنه-، قال: قال ﷺ «يا عم! قليل يصيبك، خير من كثير يطغيك». [ابن جرير في «تهذيب الآثار»، «الضعيفة» (6744].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Busr RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ““Wahai pakcik! Perkara kecil yang menimpamu lebih baik dari perkara banyak yang menjadikan kamu melampau.” [Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silisilah al-Da’ifah, no. 6744]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs