Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عمِّ قليلٌ يُصيبكَ خيرٌ من كثيرٍ يُطغيكَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai pakcik! Perkara kecil yang menimpamu lebih baik dari perkara banyak yang menjadikan kamu melampau.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Busr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 643, hadis no. 3328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبدالله بن بسر -رضي الله عنه-، قال: قال ﷺ «يا عم! قليل يصيبك، خير من كثير يطغيك». [ابن جرير في «تهذيب الآثار»، «الضعيفة» (6744].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Busr RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ““Wahai pakcik! Perkara kecil yang menimpamu lebih baik dari perkara banyak yang menjadikan kamu melampau.” [Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silisilah al-Da’ifah, no. 6744]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman