Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزلت هذه الآيةُ على رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : { إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ }، فخرج رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ودخل المسجدَ؛ والناسُ يصلون بين راكعٍ وقائمٍ يصلي ؛ فإذا سائلٌ، قال: ((يا سائلُ! أعطاك أحدٌ شيئًا؟)) فقال : لا ؛ إلا هذا الراكعُ - لعليِّ - أعطاني خاتمًا.
Teks Bahasa Melayu
Ayat ini turun kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” Lalu Rasulullah SAW keluar dan memasuki masjid. Manusia juga solat dalam keadaan rukuk dan berdiri, lalu seseorang meminta (sesuatu kepadanya). Baginda berkata: ((Wahai orang yang meminta? Adakah seseorang telah memberi sesuatu kepadamu?)) Dia berkata: Tidak kecuali orang yang sedang rukuk ini – (merujuk) kepada Ali – dia memberikan cincin.”
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis no. 4557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي -رضي الله عنه- قال: نزلت هذه الآية على رسول الله صلى الله عليه وسلم: {إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون} ، فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم ودخل المسجد؛ والناس يصلون بين راكع وقائم يصلي؛ فإذا سائل، قال: ((يا سائل! أعطاك أحد شيئا؟)) فقال: لا؛ إلا هذا الراكع - لعلي - أعطاني خاتما. [الحاكم في ((علوم الحديث))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4921)].
(Munkar) Daripada Ali RA berkata: Ayat ini turun kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” Lalu Rasulullah SAW keluar dan memasuki masjid. Manusia juga solat dalam keadaan rukuk dan berdiri, lalu seseorang meminta (sesuatu kepadanya). Baginda berkata: ((Wahai orang yang meminta? Adakah seseorang telah memberi sesuatu kepadamu?)) Dia berkata: Tidak kecuali orang yang sedang rukuk ini – (merujuk) kepada Ali – dia memberikan cincin.” [Riwayat al-Hakim dalam Ulum al-Hadis dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4921].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman