Wahai orang ramai! Masjid ini telah diharamkan terhadap semua lelaki yang berjunub atau wanita haid melainkan

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعلياً، وفاطمة بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، ألا بينت الأسماء أن تضلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai orang ramai! Masjid ini telah diharamkan terhadap semua lelaki yang berjunub atau wanita haid melainkan nabi, isteri-isterinya, ‘Ali, dan Fatimah binti Rasulillah SAW. Aku jelaskan nama-nama supaya kalian tidak menjadi sesat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 316, hadis nombor 1669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ummu Salamah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جسرة – وكانت من خيار النساء – قالت: كنت مع أم سلمة –رضي الله عنها- فقالت: خرج النبي – صلى الله عليه وسلم – من عندي، حتى دخل المسجد فقال: ((يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعلياً، وفاطمة بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، ألا بينت الأسماء أن تضلوا)). [ ابن شبة، ابن حزم، ((الضعيفة)) (5486) ].

(Munkar) Dari Jasrah, dia adalah antara wanita-wanita sangat baik, dia berkata: Pernah ketika aku bersama Ummu Salamah RA lalu dia berkata: Nabi SAW telah keluar dari sisiku hingga baginda masuk ke masjid lantas bersabda: Wahai orang ramai! Masjid ini telah diharamkan terhadap semua lelaki yang berjunub atau wanita haid melainkan nabi, isteri-isterinya, ‘Ali, dan Fatimah binti Rasulillah SAW. Aku mesti jelaskan nama-nama itu supaya kalian tidak menjadi sesat. [Diriwayatkan oleh Ibn Shabah dalam Kitab Tarikh al-Madinah dan Ibn Hazam dalam Kitab al-Muhalla, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5486].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs