Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعلياً، وفاطمة بنت رسول الله - ﷺ -، ألا بينت الأسماء أن تضلوا.
Teks Bahasa Melayu
Wahai orang ramai! Masjid ini telah diharamkan terhadap semua lelaki yang berjunub atau wanita haid melainkan nabi, isteri-isterinya, ‘Ali, dan Fatimah binti Rasulillah SAW. Aku jelaskan nama-nama supaya kalian tidak menjadi sesat.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 316, hadis no. 1669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جسرة - وكانت من خيار النساء - قالت: كنت مع أم سلمة –رضي الله عنها- فقالت: خرج النبي - ﷺ - من عندي، حتى دخل المسجد فقال: ((يا أيها الناس! حرم هذا المسجد على كل جنب من الرجال، أو حائض من النساء؛ إلا النبي، وأزواجه، وعلياً، وفاطمة بنت رسول الله - ﷺ -، ألا بينت الأسماء أن تضلوا)). [ ابن شبة، ابن حزم، ((الضعيفة)) (5486) ]
(Munkar) Dari Jasrah, dia adalah antara wanita-wanita sangat baik, dia berkata: Pernah ketika aku bersama Ummu Salamah RA lalu dia berkata: Nabi SAW telah keluar dari sisiku hingga baginda masuk ke masjid lantas bersabda: Wahai orang ramai! Masjid ini telah diharamkan terhadap semua lelaki yang berjunub atau wanita haid melainkan nabi, isteri-isterinya, ‘Ali, dan Fatimah binti Rasulillah SAW. Aku mesti jelaskan nama-nama itu supaya kalian tidak menjadi sesat. [Riwayat Ibn Shabah dalam Kitab Tarikh al-Madinah dan Ibn Hazam dalam Kitab al-Muhalla, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5486]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman