Wahai orang-orang Quraisy! Sesungguhnya kalian suka akan binatang ternakan, maka berpada-padalah daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر قريش! إنكم تحبون الماشية، فأقلوا منها؛ فإنكم أقل الأرض مطرا، واحترثوا؛ فإن الحرث مبارك، وأكثروا فيه من الجماجم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai orang-orang Quraisy! Sesungguhnya kalian suka akan binatang ternakan, maka berpada-padalah daripadanya. Kerana sesungguhnya tempat kalian adalah yang paling sedikit hujannya. Namun bercucuk-tanamlah, kerana sesungguhnya tanaman itu diberkati. Perbanyakkanlah juga padanya kayu bajak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 431-432, hadis nombor 2324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: قدم رسول الله ﷺ فقال: «يا معشر قريش! إنكم تحبون الماشية، فأقلوا منها؛ فإنكم أقل الأرض مطرا، واحترثوا؛ فإن الحرث مبارك، وأكثروا فيه من الجماجم». [د في «المراسيل»، هق، ابن جرير، «الضعيفة» (6019)].

(Lemah) Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ tiba lalu bersabda: "Wahai orang-orang Quraisy! Sesungguhnya kalian suka akan binatang ternakan, maka berpada-padalah daripadanya. Kerana sesungguhnya tempat kalian adalah yang paling sedikit hujannya. Namun bercucuk-tanamlah, kerana sesungguhnya tanaman itu diberkati. Perbanyakkanlah juga padanya kayu bajak". [Riwayat Abū Dāwud dalam al-Marāsil, al-Bayhaqī dalam Sunannya dan Ibn Jarīr al-Ṭabarī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6019].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs