Wahai orang beriman, jagalah diri kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أين ذهبتم؟! إنما هي: {يا أيها الذين آمنوا [عليكم أنفسكم] لا يضركم من ضل} من الكفار {إذا اهتديتم}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ke mana kamu pergi? Ia berbunyi: {Wahai orang beriman, jagalah diri kamu. Orang yang sesat – dalam kalangan orang-orang kafir – tidak akan dapat memudaratkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk}.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1474, hadis nombor 7513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي عامر الأشعري: كان رجل قتل منهم بأوطاس، فقال له النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((يا أبا عامر! ألا غيرت؟!)). فتلا هذه الآية: {يا أيها الذين آمنوا عليكم أنفسكم لا يضركم من ضل إذا اهتديتم}، فغضب رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وقال: ((أين ذهبتم؟! إنما هي: {يا أيها الذين آمنوا [عليكم أنفسكم] لا يضركم من ضل} من الكفار {إذا اهتديتم})). [ حم، طب، ((الضعيفة)) (4132)]

(Munkar)
Daripada Abu ‘Amir al-Ash’ari RA – beliau adalah seorang lelaki yang telah terbunuh dalam kalangan sahabat di Autas, Nabi SAW bersabda kepada beliau: Wahai Abu ‘Amir! Mengapa tidak kamu cegah?, beliau pun membaca: {Wahai orang beriman, jagalah diri kamu. Tidaklah orang yang sesat boleh memudaratkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk}, Rasulullah SAW pun marah seraya bersabda: Ke mana kamu pergi? Ia berbunyi: {Wahai orang beriman, jagalah diri kamu. Orang yang sesat – dalam kalangan orang-orang kafir – tidak akan dapat memudaratkan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk}.
[Riwayat Imam Ahmad dalam al-Musnad dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4132]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.