Wahai Musa, apa yang kamu inginkan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا موسى من تريد؟ قال: أخي هارون، يا محمد من تريد؟ قال: عمر وأمي، يا نوح من تريد؟ قال: ابني، يا يعقوب من تريد؟ قال: يوسف قال: كلكم يريد مني، أين من يريدني؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Musa, apa yang kamu inginkan? Jawabnya: Saudaraku Harun, wahai Muhammad apa yang kamu inginkan? Jawabnya: Umar dan ibuku, wahai Nuh siapa yang engkau inginkan? Beliau menjawab: Anakku. Wahai Ya’qub, siapa yang engkau inginkan? Beliau menjawab: Yusuf. Allah berkata: Semua kamu menginginkan sesuatu daripadaku, lalu siapa yang menginginkan Aku?

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 227-228, hadis nombor 728. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن عقيل: أخذ بعض الوعاظ يحدث ذلك ثم احتد وصك الكرسي صكة قال: يا قارئ اقرأ {يريدون وجهه} فقرأ وضج المجلس، وصعق قوم، وحرقت ثياب قوم. انتهى. فمفاده أنه من مهمل الكلام من وضع الزنادقة اللئام قاتلهم الله ما أجرأهم على الكذب على الله، وعلى أنبياء الله فقد جعل الخبيث أن خاصة رسل الله يريدون غير الله.

Ibn ‘Aqil berkata: Sesetengah penceramah menyebutkan hadith ini lalu beremosi dan memukul kerusi. Dia berkata: Wahai qari, bacalah: Mereka menginginkan wajah Allah. Dia lalu membacanya. Majlis menjadi riuh, sesetengah orang pengsan, sesetengah yang lain membakar baju mereka.
Ringkasnya, ini adalah ucapan kosong. Direka oleh kalangan zindik. Semoga Allah membinasakan mereka. Sungguh berani mereka berdusta kepada Allah dan nabi-Nya. Mereka menetapkan bahawa hamba-hamba yang rapat dengan Allah menginginkan selain Allah!

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.