Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: يَا مُوسَى من تُرِيدُ؟ قَالَ: أخي هَارُون، يَا مُحَمَّد من تُرِيدُ؟ قَالَ: عمر وَأمي، يَا نوح من تُرِيدُ؟ قَالَ: ابْني، يَا يَعْقُوب من تُرِيدُ؟ قَالَ: يُوسُف قَالَ: كلكُمْ يُرِيد مني، أَيْن من يُرِيدنِي؟
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Wahai Musa, apa yang kamu inginkan? Jawabnya: Saudaraku Harun, wahai Muhammad apa yang kamu inginkan? Jawabnya: Umar dan ibuku, wahai Nuh siapa yang engkau inginkan? Beliau menjawab: Anakku. Wahai Ya’qub, siapa yang engkau inginkan? Beliau menjawab: Yusuf. Allah berkata: Semua kamu menginginkan sesuatu daripadaku, lalu siapa yang menginginkan Aku?
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 227-228, hadis no. 728. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn ‘Aqil berkata: Sesetengah penceramah menyebutkan hadis ini lalu beremosi dan memukul kerusi. Dia berkata: Wahai qari, bacalah: Mereka menginginkan wajah Allah. Dia lalu membacanya. Majlis menjadi riuh, sesetengah orang pengsan, sesetengah yang lain membakar baju mereka. Ringkasnya, ini adalah ucapan kosong. Direka oleh kalangan zindik. Semoga Allah membinasakan mereka. Sungguh berani mereka berdusta kepada Allah dan nabi-Nya. Mereka menetapkan bahawa hamba-hamba yang rapat dengan Allah menginginkan selain Allah!
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman