Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan menyampaikan salam kepada engkau

TEKS BAHASA ARAB

قال جبريل يا محمد إن رب العزة يقرئك السلام ويقول إنه لما أخذ الميثاق من النبيين أخذ ميثاقك وأنت في صلب آدم فجعلك سيد الأنبياء وجعل وصيك سيد الأوصياء علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan menyampaikan salam kepada engkau dan Dia berfirman ketika mana dia mengambil janji setia daripada para Nabi dan daripada engkau dalam keadaan pada ketika itu engkau berada di sulbi Adam, Allah telah menjadikan engkau sebagai penghulu para Nabi dan Dia juga menjadikan orang yang memegang wasiat engkau adalah penghulu bagi kesemua pemegang wasiat. Orang itu adalah Ali Bin Abu Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«قَالَ جِبْرِيلُ يَا مُحَمَّدُ إِنَّ رَبَّ الْعِزَّةِ يُقْرِئُكَ السَّلامَ وَيَقُولُ إِنَّهُ لَمَّا أَخَذَ الْمِيثَاقَ مِنَ النَّبِيِّينَ أَخَذَ مِيثَاقَكَ وَأَنْتَ فِي صُلْبِ آدَمَ فَجَعَلَكَ سَيِّدَ الأَنْبِيَاءِ وَجَعَلَ وَصِيَّكَ سَيِّدَ الأَوْصِيَاءِ عَلَيَّ بن أبي طَالب» قَالَ الدَّارقطني مَوْضُوع.

“Jibril berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan menyampaikan salam kepada engkau dan Dia berfirman ketika mana dia mengambil janji setia daripada para Nabi dan daripada engkau dalam keadaan pada ketika itu engkau berada di sulbi Adam, Allah telah menjadikan engkau sebagai penghulu para Nabi dan Dia juga menjadikan orang yang memegang wasiat engkau adalah penghulu bagi kesemua pemegang wasiat. Orang itu adalah Ali Bin Abu Talib.” al-Daruqutni berkata: Ia adalah hadith yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs